Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393960
Title: Kemunculan Kuala Lumpur sebagai wilayah perbandaran mega diperluas: menongkah dayahuni dan kelestarian
Authors: Shaharudin Idrus
Abdul Smad Hadi
Abdul Hadi Harman Shah
Siti Umira Sulaiman
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Kuala Lumpur
Perbandaran mega
Kelestarian dayahuni
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Pembangunan pembandaran di negara ini mengalami perkembangan yang memberangsangkan semenjak lima dasawarsa yang lampau. Perbandaran kini dilihat sebagai satu wilayah perbandaran yang tidak hanya temad kepada sesebuah negeri atau daerah tetapi telah melewati sempadan pentadbiran beberapa buah negeri dan daerah utama. Kertas ini meneliti pembangunan wilayah perbandaran di negara ini dengan menggunakan Kuala Lumpur sebagai sebuah wilayah pembandaran mega diperluas (extended mega urban region). Wilayah pembandaran ini mempunyai ciri-ciri wilayah pembandaran mega yang bersamaan dengan yang terdapat di beberapa negara di rantau ini yang dibahagikan kepada tiga jenis wilayah perbandaran mega (WPM) dengan ekosistem berpopulasi tinggi (high density) seperti Jakarta, Bangkok dan Manila. Keduanya WPM sub-global contohnya Singapura; dan WPM yang berkepadatan rendah (low density) contohnya Kuala Lumpur. Pembangunan wilayah perbandaran mega itu menimbulkan pelbagai kesan terhadap alam sekitar, ekonomi, sosial malahan juga sistem governansnya. Kertas ini menghuraikan proses dan perkembangan wilayah perbandaran mega ini yang terjelma dari bandar-bandar yang diasaskan oleh kolonial British sehingga menjadi sebuah kawasan wilayah perbandaran mega ini. Kertas ini juga menghuraikan ciri dan perkembangan wilayah perbandaran mega ini dengan menggunakan Kuala Lumpur sebagai contoh sebuah wilayah perbandaran mega diperluas dalam menongkah dayahuni dan kelestarian dinegara ini di samping menyentuh sistem governans dan cabaran-cabaran yang mendasari pembangunan wilayah perbandaran mega diperluas ini dalam konteks sistem pemerintahan di negara ini.
Pages: 209-2017 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.