Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393957
Title: Tahap pengetahuan dan kesedaran alam sekitar para pelajar diploma perancangan Bandar dan wilayah UITM Perak
Authors: Ahmad Faisal Alias Prof. Madya
Rusamah Abdul jali
Siti Nur Awanis Mohamed Zulkifli
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pengetahuan alam sekitar
Kesedaran alam sekitar
New ecological paradigm
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Sebagai sebuah negara yang sedang pes at membangun dan menuju ke arah status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia perlu merancang proses pembangunannya secara mampan agar tidak menjejaskan alam persekitaran serta sumber-sumber aslinya. Sehubungan itu, sebagai bakal perancang yang mampan di masa hadapan, para pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah seharusnya mempunyai lahap kesedaran dan pengetahuan serta sikap mesra alam sekitar yang tinggi dan positif terhadap alam sekitar. Antara objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan dan kesedaran alam sekitar para pelajar baru ke program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah di Universiti Teknologi MARA (Perak). Penilaian juga akan dibuat ke atas sumber pengetahuan alam sekitar mereka serta hubungkait antara pengetahuan dan kesedaran alam sekitar mereka yang berdasarkan kepada New Ecological Paradigm (NEP). Para responden terdiri daripada para pelajar semester pertama pada TIGAsesi pengajian 2011/2012 dan 2012/2013. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa para responden mempunyai lahap pengetahuan alam sekitar yang sederhana walaupun tahap pengetahuan alam sekitar mereka agak tinggi. Sikap alam sekitar mereka juga adalah pada tahap yang sederhana dan dipengaruhi oleh faktor yang berteraskan elemen-elemen pro-alam sekitar. Sumber utama pengetahuan alam sekitar para responden adalah televisyen, suratkhabar dan radio. Kajian ini juga menemui hubungkait yang positif antara pengetahuan am dan sikap alam sekitar para responden.
Pages: 189-196 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393957
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.