Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393953
Title: Pembangunan pangkalan data dalam analisis kesesuaian kawasan bagi tanaman buah-buahan terpilih di Perlis
Authors: Nur Faizah binti Sabri
Zainudin bin Othman
Mazdi bin Marzuki
Nasir bin Nayan
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pangkalan data
Tanaman buahan
Sektor pertanian
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Pemilihan kawasan yang sesuai adalah penting sebelum menjalankan sesuatu aktiviti pertanian khususnya dalam subsektor penanaman buah-buahan. Kertas kerja ini akan mengketengahkan pembangunan pangkalan data sistem maklumat geografi (GIS) dalam membuat keputusan pemilihan kawasan yang sesuai bagi aspek penanaman buah-buahan di kawasan utara semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Perlis. Pembangunan pangkalan data merupakan suatu bentuk rangka kerja yang bermula dengan proses pemerolehan dan pengumpulan data berdasarkan kepada beberapa entiti untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki. Setiap entiti ini disokong oleh atribut tertentu untuk menjelaskan beberapa kriteria bagi setiap entiti tersebut dan atribut ini akan ditempatkan di dalam jadual perisian sistem maklumat geografi, Dalam pemilihan kawasan ini, beberapa pembolehubah persekitaran telah dikenalpasti menerusi data dan maklumat sekunder yang diperoleh daripada pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Pembolehubah seperti tanah, suhu, hujan, kelembapan bandingan, topografi dan guna tanah dijadikan parameter utama untuk melihat keupayaannya menyediakan kondisi yang sesuai serta memenuhi kriteria yang diperlukan oleh tanaman buah-buahan yang ingin diusahakan. Tanaman mangga, pisang, ciku, tembikai dan anggur dijadikan sebagai model utama tanaman buah-buahan untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai dalam perusahaannya. Oleh itu, perisian ArcGis dan AcrView dijadikan sebagai instrumen utama dalam kajian analisis kesesuaian kawasan penanaman buah-buahan di negeri Perlis berdasarkan pembangunan model ruangan raster dan vektor.
Pages: 153-160 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393953
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.