Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393945
Title: | Kualiti kemudahan pejalan kaki di kawasan sekolah:kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah(2) |
Authors: | Siti Nurashiken bt. Muhammad Mazdi bin Marzuki |
Conference Name: | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4 |
Keywords: | Pengangkutan pelajar Kemudahan pejalan kaki Pelajar sekolah |
Conference Date: | 05/03/2013 |
Conference Location: | Tanjung Malim |
Abstract: | Berjalan kaki merupakan salah satu mod pengangkutan pelajar untuk trip sekolah. Kelancaran dan tahap keselamatan pejalan kaki sewaktu melakukan trip sekolah bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan pejalan kaki yang disediakan adalah laluan pejalan kaki, lintasan zabra, jejantas dan lintasan berlarnpu isyarat. Penyediaan kemudahan ini mestilah berkualiti dan mampu memberi keselesaan kepada pejalan kaki. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti kemudahan pejalan kaki yang disediakan di kawasan sekolah. Metodologi kajian menggunakan data primer yang diperoleh melalui edaran borang soal selidik dan pemerhatian di kawasan kajian. Hasil kajian menunjukkan kualiti kemudahan pejalan kaki di kawasan kajian berada pada tahap kurang memuaskan dan kesannya pelajar sering mengabaikan setiap kemudahan pejalan kaki yang disediakan. Selain itu, terdapat juga masalah seperti kemudahan yang kurang diselenggara, penyediaan kemudahan yang terhad, reka bentuk yang tidak sesuai dan tiada elemen keselamatan. Oleh itu, usaha penambahbaikan kemudahan pejalan kaki perlu diambil berat oleh pihak berwajib bagi memastikan kemudahan yang disediakan berkualiti dan mampu memberi kepuasan maksimum terhadap pelajar sekolah. |
Pages: | 77-83 p. |
Call Number: | Q56.P766 2013 sem. |
Publisher: | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393945 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.