Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393838
Title: Tadbir urus global alam sekitar: analisis ke atas peratifikasian Protokol Kyoto oleh Malaysia
Authors: Razali Ab. Malik
Mohammad Agus Yusoff
Conference Name: Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V
Keywords: Alam sekitar
Iklim
Protokol Kyoto
Conference Date: 08/06/2011
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Tadbir urus (govemans) global alam sekitar merupakan salah satucara yang digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani secara bersama isu alam sekitar di peringkat antarabangsa. Dalam konteks perubahan iklim, rejim antarabangsa yang diguna pakai dalam tadbir urns global alam sekitar ialah Protokol Kyoto. Protokol ini menetapkan negara yang meratifikasinya rnengambil tindakan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang menjadi punca kepada berlakunya perubahan iklim global. Namun, negara membangun seperti Malaysia mendakwa Protokol Kyoto ini digunakan oleh negara maju untuk mengeksploitasi negara membangun. Ini kerana ketetapan Protokol Kyoto tentunya dapat merencatkan pertumbuhan ekonomi negara membangun yang masih menggunakan bahan api fosil sebagai surnber tenaga dalam kegiatan perindustriannya sedangkan negara yang lebih awal membebaskan GHG dalam kegiatan perindustriannya sehingga mencapai tahapnya sekarang 'adalah daripada kalangan negara maju. Walaupun mendakwa Protokol Kyoto digunakan oleh negaramaju untuk mengeksploitasi negara membangun sehingga dapat menjejaskan pertumbuhan ekonominya, Malaysia tetap meratifikasinya, Melalui kajian kepustakaan yang merujuk kepada sumber data seperti dokumen, jurnal dan buku, kertas ini mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi Malaysia menandatangani dan seterusnya meratifikasi Protokol Kyoto. Hasil analisis mendapati faktor sejarah, kajian sains dan interaksi negara di peringkat antarabangsa sepertimana yang dinyatakan dalam teori konstruktivisme adalah faktor utama yang mempengaruhi Malaysia meratifikasi Protokol Kyoto.
Pages: 497 - 509 p.
Call Number: DS523.2.S439 2011 sem.
Publisher: Fakultas Ilm Budaya, Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.