Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393835
Title: Penyalahgunaan dadah dan tingkah laku agresif : ke arah memperkasa sahsiah dan jatidiri remaja berisiko
Authors: Fauziah Ibrahim
Nuulhuda Sarnon
Mohd Suhaimi Mohamad
Conference Name: Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V
Keywords: Penyalahgunaan dadah
Remaja
Jatidiri
Conference Date: 08/06/2011
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Menyedari betapa pentingnya peranan generasi muda dalam pembinaan negara bangsa ke arah pembentukan jatidiri generasi muda yang cemerlang, maka artikel ini disediakan untuk membincangkan sejauhmana tahap perlakuan tingkah laku agresif dalam kalangan remaja berisiko. Kajian ini juga dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara jenis dadah yang digunakan dengan perlakuan tingkah laku agresif dalam kalangan remaja berisiko. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Seramai 200 orang remaja berisiko dari tiga buah Sekolah Henry Gurney telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak sistematik. Soal selidik kajian dibina sendiri berpandukan soal selidik Aggression Questionaires (AQ) dengan memperolehi nilai kebolehpercayaan .738. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi dan analisis diskriptif melalui perisian 'SPSS for Windows '. Hasil kajian mendapati majoriti remaja (95 peratus) yang dikaji menunjukkan tahap perlakuan tingkah laku agresif pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Hasil kajian juga mendapati bahawa remaja yang menggunakan dadah jenis heroin (r=O.016, p<0.05) dan morfin (r=O.l81, p<0.05) menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan perlakuan agresif. Pendedahan tentang kaedah dan strategi menangani perlakuan negatif dalam kalangan remaja berisiko perlu ditekankan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk membina tingkah laku positif dalam kalangan remaja berisiko bagi melahirkan generasi muda Malaysia yang cemerlang.
Pages: 471 - 489 p.
Call Number: DS523.2.S439 2011 sem.
Publisher: Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.