Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393829
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorHaliza Abdul Rahman-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:40:52Z-
dc.date.available2023-06-15T07:40:52Z-
dc.identifier.otherukmvital:85116-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393829-
dc.description.abstractPenggunaan teknologi nuklear untuk tujuan sivil atau keamanan seperti penjanaan bekalan elektrik telah digunakan sejak sekian lama. Hal ini kerana, pergantungan dunia terhadap tiga sumber utama kuasa iaitu petroleum, gas asli dan arang batu adalah terhad memandangkan ketiga-tiga sumber tersebut tidak boleh diperbaharui, membebaskan gas rumah hijau yang mencemari alam sekitar selain mengambil jangka masa yang penjang untuk dijana semula. Namun, penggunaan nuklear seringkali menimbulkan konotasi negatif. Isu keselamatan penggunaan tenaga nuklear telah mencetuskan persoalan dan kebimbangan kalangan masyarakat dunia terhadap keselamatan loji nuklear ke atas kesihatan manusia dan kesejahteraan persekitaran. Di Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETIHA) bercadang memulakan loji tenaga nuklear pertama negara untuk industri bekalan tenaga yang semakin meningkat dan dijangka beroperasi pada tahun 2021. Walaupun wujud beberapa kekangan, namun hasrat Malaysia untuk membangunkan tenaga nuklear khususnya untuk penjanaan tenaga elektrik tidak harus diketepikan. Hal ini kerana ternyata tenaga nuklear mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Namun,beberapa strategi dan langkah perlu diambil dan dimantapkan sebelum hasrat ini hendak dilaksanakan. Antaranya ia memerlukan rangka kerja dan peruntukan peraturan sah yang relevan, termasuk memperhalusi proses pelesenan melibatkan pelbagai agensi pengawal seliaan. Usaha-usaha pembangunan modal insan dalam bidang berkaitan juga harus dipertingkatkan menerusi pembentukan program akademik dan latihan yang bersesuaian di peringkat universiti serta peringkat profesional dan separuh profesional. Selain itu, kerjasama antarabangsa, serantau dan dua hala patut dipertingkatkan lagi untuk menyokong inisiatif perkembangan ini. Satu lagi komponen penting ialah membangun dan memperluaskan ifrastruktur penyelidikan dan pembangunan diperlukan untuk menyokong program kuasa nuklear di negara ini.-
dc.language.isomay-
dc.publisherFakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin; Bangi, Selangor-
dc.subjectTenaga nuklear -- Malaysia-
dc.subjectKeselamatan-
dc.titlePembangunan tenaga nuklear di Malaysia: antara isu keperluan dan keselamatan?-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages401 - 408 p.-
dc.identifier.callnoDS523.2.S439 2011 sem-
dc.contributor.conferencenamePembangunan, Psikologi, dan Masalah Sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia-
dc.date.conferencedate08/06/2011-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.