Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393816
Title: Hubungan di antara penggunaan rangkaian sosial facebook kefungsian keluarga dan kemurungan
Authors: Wan Shahrazad Wan Sulaiman
Melia Wong
Conference Name: Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V
Keywords: Media sosial
Kemurungan
Keluarga
Facebook
Internet
Conference Date: 08/06/2011
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Dalam era teknologi ini, internet telah menjadi sesuatu keperluan kepada manusia memandangkan hampir semua orang melayari internet. Komunikasi atas talian dan laman rangkaian sosial menjadi semakin popular sejak puluhan tahun dalam menghubungkan sesama manusia. Kesemua kemudahan ini membawa kebaikan tetapi juga membawa keburukan kepada kesejahteraan manusia dan keluarga. Oleh itu, kajian ini dibentuk untuk mengkaji hubungan antara penggunaan rangkaian sosial (Face book), kemurungan dan kefungsian keluarga dalam kalangan remaja melalui kajian kuantitatif Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan antara ketiga-tiga pembolehubah ini dengan jantina dan bangsa. Seramai 192 orang pelajar (80 orang lelaki, 112 orang perempuan) yang berumur 15 hingga 19 tahun dari dua buah sekolah menengah di Kuala Lumpur dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan telah menyertai kajian kuantitatif ini manakala lima orang daripada 192 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian kualitatif Terdapat tiga alat ujian dalam borang soal selidik tersebut, iaitu Ujian Ketagihan Facebook (Facebook Addiction Test; FAT), Inventori Kemurungan Beck II (Beck Depression Inventory-Il; BOl-In dan Skala Penilaian Penyesuaian dan Kohesi Keluarga II (Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scale II; FACES II). Ketiga-tiga alat ujian ini telah diterjemahkan dengan back translation dan kebolehpercayaari serta kesahannya telah dikenalpasti. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA. Hasil keputusan kajian telah mendapati hubungan positif yang signifikan antara penggunaan rangkaian sosial (Facebook) dengan kemurungan dan hubungan negatif yang signifikan antara kemurungan dengan kefungsian keluarga. Namun, dapatan kajian tidak menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara penggunaan rangkaian sosial (Face book) dengan kefungsian keluarga. Selain itu, tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga pembolehubah dengan jantina dan bangsa kecuali terdapat perbezaan yang signifikan antara kefungsian keluarga (kohesi keluarga) dengan bangsa.
Pages: 233 - 239 p.
Call Number: DS523.2.S439 2011 sem.
Publisher: Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.