Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393811
Title: Kesertaan digital dan kelestarian telecenter pelbagai fungsi di Indonesia dan Malaysia
Authors: Jalaluddin Abdul Malek
Norizan Abdul Razak
Mohamad Fauzi Sukimi
Zarifah Ab. Rahman
Conference Name: Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V
Keywords: Kesertaan digital
Telecenter
Teknologi maklumat dan komunikasi
Conference Date: 08/06/2011
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Telecenter bermaksud satu premis yang menjadi pusat teknologi maklumat dan komunikasi (lCT) untuk penduduk desa mendapat maklumat dan ilmu, Peranan telecenter ialah untuk merapatkan jurang digital dan jurang sosio-ekonomi antara penduduk desa dan bandar. Ini bermakna faedah makronya telecenter merupakan pusat 'membandarkan desa melalui reruang siber'. Berdasarkan faedah tersebut, pembangunan telecenter perlu dilihat lebih luas peranannya dalam 'membandarkan desa melalui reruang siber'. Pembangunan telecenter seperti mana yang difahami sebelum ini hanya untuk mendedahkan penduduk desa dengan kemahiran lCT dan internet. Telecenter pada abad ke 21 di desa-desa perlu berupaya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk desa. Ini kerana peranan telecenter abad ke 21 lebih luas peranannya seperti membangun aspek fizikal, ekonomi, sosial, budaya dan politik masyarakat desa. Ini bermakna peranan telecenter dalam membandarkan desa melalui reruang siber' bukan sekadar 'telecenter' yang difahami selama ini, tetapi lebih kepada pembangunan telecenter pelbagai fungsi (multipurpose telecenter - MTC). Pembangunan M,TC merangkumi empat aspek utama. Pertama dari aspek infrastruktur dan perkhidmatan, kedua dari aspek pembangunan dan keusahawanan, ketiga dari aspek e-pembelajaran dan pembelajaran berterusan, dan yang terakhir dari aspek pembangunan industri perkhidmatan dan industri kreatif (quamary sector). Persoalannya adakah telecenter dapat memenuhi keempat-empat aspek tersebut e m Adakah boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat berpengetahuan di Malaysia dan Indonesia khususnya di desa-desa? Metodologi yang digunakan ialah melihat dari sudut pencapaian pembangunan MTC dari sudut subjektiviti pembangunan telecenter di Malaysia dan Indonesia.
Pages: 167 - 188 p.
Call Number: DS523.2.S439 2011 sem.
Publisher: Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.