Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393809
Title: | Pencemaran bau perbandingan pengukuran intrumentasi dan sensorial |
Authors: | Zaini Sakawi Sharifah Mastura Syed Abdullah |
Conference Name: | Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V |
Keywords: | Pencemaran bau Pengukuran bau Konsentrasi bau Bau |
Conference Date: | 08/06/2011 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Bau merupakan salah satu komponen alam sekitar yang dijana oleh penghasilan gas atau proses decomposition daripada pelbagai sumber seperti tapak pelupusan, loji rawatan sisa, ladang ternakan, kilang kelapa saw it, getah dan sebagainya. Pencemaran bau adalah sesuatu yang subjektif, bergantung kepada keupayaan individu dan tempat. Intensiti bau boleh dinyatakan mengikut skala sementara kualiti boleh dikesan melalui deria dalam bentuk aroma, bau wangi dan bau busuk. Bau merupakan aspek alam sekitar yang sukar untuk dianalisis dan diterjemahkan. Terdapat perbezaan yang ketara dan sukar dibezakan di antara pengukuran analisis kimia dan penilaian sensor. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba membandingkan pengukuran bau menggunakan instrumentasi dan sensor. Pengukuran secara instrumentasi menggunakan alatan Odour Concentration Meter XP-329. Sementara pengukuran sensorial menggunakan soal selidik dan berdasarkan deria semulajadi. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan ketara antara jarak daripada tapak pelupusan dari segi konsentrasi bau dan intensiti bau. Begitu juga dengan waktu yang berbeza mendapati konsentrasi bau yang pelbagai. |
Pages: | 125-142 p. |
Call Number: | DS523.2.S439 2011 sem. |
Publisher: | Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,UKM, Bangi, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.