Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393804
Title: Impak aktiviti di kawasan China Town terhadap persekitaran : satu kajian perbandingan di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia
Authors: Shaharuddin Ahmad
Noraziah Ali
Conference Name: Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V
Keywords: China Town
Kelembapan bandingan
Urbanisasi
Kawasan Hijau
Conference Date: 08/06/2011
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Aktiviti harlan penduduk di kawasan bandar seperti di pejabat, pasar malam, gerai di tepi jalan, kompleks perniagaan, kawasan pelancongan dan sebagainya memberi impak kepada alam sekitar fizikal. Peningkatan suhu harlan dijangkakan berlaku di persekitaran Kuala Lumpur. Sehubungan itu, kajian ini cuba melihat fenomena sarna di empat kawasan popular aktiviti manusia di sekitar Kuala Lumpur. Kawasan fokus ad~lah kawasan perniagaan di China Town (Jalan Petaling) dan dibandingkan dengan Kampong Baru, Little India dan kawasan hijau Bukit Nenas. Data suhu, kelembapan bandingan dan halaju angin dicerap untuk dua hari antara jam 20:00-23:00 dengan menggunakan alat mini hygro thermo- anemometer Extech's Model 45158. Hasil kajian mendapati kawasan perniagaan China Town (Jalan Petaling) merekodkan suhu I.Oee lebih tinggi berbanding dengan kawasan hijau dan lebih daripada 0.5??e berbanding Kampong Baru dan Little India. Apabila dibandingkan dengan kawasan hijau, di dapati China Town mencatatkan kadar intensiti pulau haba bandar sekitar I.Ooe. Keadaan ini berlaku disebabkan aktiviti perniagaan pada waktu malam di kawasan China Town yang mampu meningkatkan beban haba persekitaran hingga meningkatnya suhu waktu malam. Tambahan lagi, kawasan China Town yang sempit dan 'berlorong' menjadikan kawasan ini lebih padat penduduk dan lebih intensif kegiatan ekonominya. Ini berbeza dengan kawasan Bukit Nenas yang bersifat kawasan hijau clan terbuka, manakala di kawasan Little India lebih terbuka dan di tumbuhi tumbuhan di sepanjang jalannya. Keadaan yang hampir sama di kawasan Kampong Barn yang lebih terbuka dan kurang sesak sekalipun aktiviti waktu malam yang tidak kurang banyaknya.
Pages: 63 - 73 p.
Call Number: DS523.2.S439 2011 sem.
Publisher: Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.