Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393765
Title: | Pemikiran Fadzil Mohd Noor: analisa ucapan dasar muktamar Parti Islam SeMalysia (PAS) |
Authors: | Nurhidayu Salleh Kamarudin Salleh |
Conference Name: | Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007 |
Keywords: | Fadzil Mohd Noor Parti Islam SeMalaysia (PAS) |
Conference Date: | 29/08/2007 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Disertasi ini mengkaji pemikiran tokoh, cendikiawan Islam dan ahli politik terkemuka di Malaysia Dato' Fadzil bin Mohd Noor yang menyentuh berkenaan dengan isu-isu agama. Kajian ini hanya difokuskan kepada pemikiran beliau yang melibatkan isu-isu agama yang dianalisa daripada ucapan dasar muktamar tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Pemilihan terhadap ucapan dasar muktamar tahunan PAS untuk dianalisa adalah melihat kepada kepentingan ucapan dasar itu sendiri yang merupakan salah satu daripada khazanah ilmu yang menghimpunkan pemikiran beliau secara jelas dan menyeluruh serta berdasarkan kepada ketiadaan usaha dalam menganalisa dan mengkaji pemikiran beliau khususnya terhadap ucapan dasar ini secara terperinci dan mendalam. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan susur galur keluarga, biografi serta perjalanan hidup beliau,menganalisis ucapan dasar Muktamar PAS dan mengenalpasti pemikiran-pemikiran beliau yang berkaitan dengan isu-isu agama. Metodologi kajian yang digunakan dalam penganalisaan terhadap ucapan dasar ini adalah melibatkan kajian kepustakaan (Library Research) serta metodologi kajian lapangan (Field Works) yang melibatkan metod pengumpulan data, dokumentasi dan temubual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa beliau mempunyai gagasan pemikiran yang mantap, praktikal dan bersifat kontemporari. Kajian ini juga mendapati pemikiran beliau adalah bersifat sederhana dan tidak ekstrim. Pemikiran beliau ini dapat dijadikan sebagai garis panduan serta pencetus kepada pemikiran-pemikiran seterusnya dalam memikirkan permasalahan yang dihadapi oIeh umat Islam seluruh dunia dan seterusnya mencari jalan penjelasan kepada pelbagai permasalahan yang timbul di kalangan umat Islam serta ianya wajar diperkembangkan dan diaplikasikan dalam membangunkan umat dan dunia Islam seluruhnya. |
Pages: | 355-363 p. |
Call Number: | DS35.62.K637 2007 sem. |
Publisher: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.