Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393759
Title: Prosedur pentadbiran harta wasiat di mahkamah: praktis di Malaysia
Authors: Nor Adila binti Mohd Noor
Md Yazid bin Ahmad
Conference Name: Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007
Keywords: Harta wasiat
Mahkamah
Malaysia
Conference Date: 29/08/2007
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Kajian ini membincangkan teori dan praktis pentadbiran harta wasiat di mahkamah di Malaysia secara perbandingan antara undang-undang Islam dan sivil. Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah untuk mengenalpasti prosedur-prosedur yang diperlukan dalam mengemukakan sebarang tuntutan yang berhubung dengan pentadbiran harta wasiat di Malaysia, di samping mengenalasti masalah-masalah yang timbul berserta dengan jalan penyelesaiannya melalui cadangan-cadangan yang dikemukakan. Penulis juga mengemukakan kes-kes yang berkaitan bagi memperlihatkan perjalanan sesuatu pentadbiran harta wasiat yang diamalkan di mahkamah. Metodologi yang digunakan oleh penulis adalah berdasarkan kepada dua kaedah utama iaitu melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Melalui kajian ini, penulis mendapati bahawa wujud satu kelompangan atau kekurangan yang besar dalam pentadbiran harta wasiat orang Islam walaupun dasar undang-undang wasiat Islam telah digubal dan dikuatkuasakan. Ini kerana undang-undang prosedur wasiat bagi orang Islam masih belum digubal. Justeru itulah, penulis merasakan satu kajian perlu dibuat agar undang-undang prosedur wasiat bagi orang Islam dapat digubal dan dipraktiskan sebagaimana undang-undang prosedur yang telah dipraktiskan ke atas orang bukan Islam. Akhirnya, kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak yang bertanggungjawab secara langsung dalam menggubal Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 dan usaha ini dilihat dapat mempertingkatkan lagi taraf dan kedudukan Mahkamah Syariah khususnya dalam pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia.
Pages: 253-264 p.
Call Number: DS35.62.K637 2007 sem.
Publisher: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.