Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393751
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Ab. Hamid Ali | - |
dc.contributor.author | Wan Kamal Mujani | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:40:26Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:40:26Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83837 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393751 | - |
dc.description.abstract | Constantinople pernah muncul sebagai sebuah kota terpenting di Eropah yang menyimpan seribu satu khazanah intelektual zaman silam. Keunikannya sentiasa menjadi daya penarik setiap bangsa sehingga isyarat penaklukannya pernah diilhamkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Kajian ini bermatlamat untuk menyelidiki kronologi ekspedisi tentera Islam ke atas Constantinople serta rahsia kejayaan Muhammad II al-Fatih menawan Constantinople. Kajian ini juga bertumpu kepada kesan kejatuhan kota tersebut ke atas Eropah dari aspek politik, sosial dan ekonomi kerana peristiwa sejarah itu dianggap sebagai The Great Turning Point terhadap masyarakat Eropah yang menandakan berakhirnya Zaman Middle Ages serta bermulanya Zaman Moden di Eropah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan kepada sumber-sumber primer dan sekunder daripada dokumen sejarah. Segala maklumatnya disaring, dlnilai dan dikritik berdasarkan kaedah external cricitism dan internal. cricitism sementara untuk mengkaji peringkat- peringkat perkembangan sejarah tertentu pula digunakan kaedah diachronic analysis (rantaian) dan synchronic analysis (kepingan). Hasil kajian ini mendapati, isyarat pembukaan Constantinople daripada Rasulullah s.a.w. telah menarik perhatian setiap pemimpin Islam sejak zaman Khulafa' al-Rashldln, kerajaan Umayyah, kerajaan 'Abbasiyyah dan akhirnya direalisasikan pada zaman kerajaan 'Uthmaniyyah setelah melangkaui ekspedisi ketenteraan lebih 800 tahun. Selepas pembukaan Constantinople, kajian ini mendapati berlaku perubahan besar terhadap masyarakat Eropah. Dalam arena politik, berlaku 'pelarian' politik di kalangan masyarakat Eropah dan hasilnya terciptalah istilah penjelajahan, penerokaan serta imperialism ke atas seluruh manusia di dunia. Dalam bidang sosial pula, terjadi proses transformasi ilmu dan intelektual dari Constantinople khususnya ke Itali lalu merembes ke seluruh Eropah sehingga membentuk Renaissans di sam ping berlakunya peralihan pusat Kristian Ortodoks dari Constantinople ke Rusia sehingga negara tersebut dikenali sebagai the third Rome. Bersama-sama konsep penjelajahan, masyarakat Eropah juga berjaya menjalankan misi misionaries serta melakukan proses akulturasi budaya Eropah ke seluruh cerok rantau. Dalam bidang ekonomi pula, seiring dengan proses penjelajahan dan penerokaan, masyarakat Eropah mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan ke atas negara yang dijajah, keadaan ini berlaku setelah semua jalan perdagangan dan kepentingan masyarakat Eropah di sekitar Constantinople di monopoli oleh kerajaan 'Uthrnanlyyah, I Pelajar sarjana (P33818) Jabatan Pengajian | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM,UKM, Bangi | - |
dc.subject | Constantinople | - |
dc.subject | Implikasi terhadap Eropah | - |
dc.subject | Sultan Muhammad Al-Fatih | - |
dc.title | Pembukaan constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih(II)dan implikasinya terhadap Eropah dari aspek politik,sosial dan ekonomi(1453-1600M) | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 15 p. | - |
dc.identifier.callno | DS35.62.K637 2007 sem. | - |
dc.contributor.conferencename | Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007 | - |
dc.coverage.conferencelocation | Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
dc.date.conferencedate | 29/08/2007 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.