Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393746
Title: Amalan pengajian Al-Quran di Sekolah Menengah
Authors: Misnan Jemali
Ab. Halim Tamuri
Abdul Ghafar Don
Conference Name: Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007
Keywords: Pengajian Al-Quran
Pendidikan -- Sekolah menengah
Conference Date: 29/08/2007
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: AI-Quran ai-Karim merupakan sumber utama dalam mata pelajaran pendidikanJslam di sekolah, namun masih ramai pelajar sekolah menengah kebangsaan (harian) yang masih lemah menguasai AI-Quran sama ada dari aspek bacaan, kefahaman dan hafazan. Dalam kajian ini pengkaji rnemfokuskan bagaimana proses amalan pengajaran tilawah AI-Quran di laksanakan guru di kerana, kerana faktor ini berkaitan dengan rancangan pengajaran guru, tahap pelajar, objektif, kaedah dan penilaian dalam pengajaran. Enam aspek yang dikaji berkaitan amalan pengajaran guru iaitu; set induksi, ABM, objektif, kaedah, penutup dan sahsiah guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa terdiri daripada 1,449 responden pelajar tingkatan empat, manakala 96 responden terdiri dari kalangan guru pendidikan Islam di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan (harian) di neqeri Perak. Kesemua instrumen pengutipan data telah dibina oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi bagi semua soal selidik adalah tinggi (>0.9). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, sisihan piawai, peratus, Ujian t, Anova Sehala, korelasi Peason dan regrasi berganda. Hasil dapatan kajian menunjukkan amalan pengajaran AI-Quran di sekolah menengah kebangsaan (harian) dari aspek penggunaan ABM menunjukkan skor min pad a tahap yang rendah, manakala dari aspek induksi set, objektif, kaedah dan penilaian serta penutup pengajaran, menunjukkan skor min pad a tahap sederhana, walaubagaimanapun sahsiah guru menunjukkan skor min pada tahap yang tinggi dan keseluruhan dapatan kajian menunjukkan skor min pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan persepsi responden yang berbeza-beza tentang amalan pengajaran AI-Quran di sekolah. Kajian ini juga mendapati wujud hubungan yang signifikan antara objektif dengan kaedah pengajaran, penilaian dengan kaedah pengajaran dan antara penilian dengan objektif pengajaran. Dapatan analisis sumbangan utama pula mendapati bahawa faktor penilaian pengajaran secara keseluruhannya memberi sumbangan yang signifikan dan penting, kemudian diikuti dengan objektif dan kaedah dalam pengajaran tilawah AI-Quran di sekolah. Implikasi dapatan kajian ini kepada universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (JAPIM), Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, maktab-maktab perguruan, sekolah-sekolah, para pensyarah, guru dan pelajar yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran AI-Quran turut dibincangkan.
Pages: 24 p.
Call Number: DS35.62.K637 2007 sem.
Publisher: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.