Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392584
Title: Pendigitalan bahan warisan seni ukir kayu Melayu
Authors: Supyan Hussin, Siti Rokiah Mamat
Conference Name: Seminar Seni Ukir Kayu Melayu: Warisan Nik Rashiddin Nik Hussein
Keywords: Seni ukir
Ukiran kayu
Keris
Conference Date: 2008-11-23
Conference Location: Villa Danialla Beach Resort, Kampung Kandis, Bachok, Kelantan
Abstract: Kehebatan seni ukir kayu Melayu yang menggambarkan pelbagai motif dan nilai budaya tempatan memang menarik perhatian banyak pihak di dalam dan luar negara. Seni ukir Melayu ini boleh dilihat pada artifak yang besar di dinding dan kerawang hiasan hinggalah kepada artifak yang kecil seperti tongkat dan keris. Sebahagian dari ilmu dan maklumat lokal mengenai Alam Melayu (IMLAM) mengenai seni ukir Melayu ini telah didokumentasikan dalam bentuk cetak tetapi akses kepadanya agak terhad di perpustakaan. Dalam era digital yang bergerak pantas, akses kepada IMLAM dalam bentuk digital menjadi satu tuntutan kepada pusat penyelidikan seperti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang berhasrat menjadi labuhan idaman dalam aktiviti penjanaan ilmu dan penyelidikan dalam Alam Melayu. Bagaimanapun. IMLAM dalam bidang seni ukir Melayu masih terlalu sedikit dalam bentuk digital. Kertas ini akan membincangkan proses pendigitalan artifak seni ukir keris Melayu Kelantan. Ia juga turut membicarakan kekangan dan masalah dalam proses pendigitalan ini.
Pages: 1-9
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Kandis Resource Centre Sdn Bhd
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.