Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392579
Title: Perbandingan reka bentuk corak dan motif Melayu dalam tekstil dan ukiran kayu
Authors: Haziyah Hussin
Conference Name: Seminar Seni Ukir Kayu Melayu: Warisan Nik Rashiddin Nik Hussein
Keywords: Ukiran kayu
Tekstil
Motif ukiran
Conference Date: 2008-11-23
Conference Location: Villa Danialla Beach Resort, Kampung Kandis, Bachok, Kelantan
Abstract: Motif atau corak merupakan ragam hias yang penting dalam tekstil dan ukiran kayu. Tipologi motif tekstil dan kayu adalah berasaskan empat sumber yang penting iaitu tumbuhan, hidupan, kosmologi dan lam bumi. Sumber tumbuhan menyumbang lebih daripada 70 peratus dalam motif atau corak tekstil dan ukiran kayu. Sumber inspirasi motif dalam tekstil dipilih berdasarkan nilai keunikan, estetika, perubatan, sumber makanan dan mudah didapati dipersekitaran. Sumber inspirasi ukiran kayu juga didapati mempunyai konsep pemilihan yang sama dengan motiflekstil, hanya kepentingannya agak berbeza kerana ianya lebih lama dihasilkan dan mempunyai evolusi yang lebih lama. Pemiiihan motif tumbuhan, hidupan, kosmologi dan alam bumi dalam tekstil dan ukiran kayu didapati lebih berdasarkan kepada nilai keunikan dan estetika. Di samping itu nilai perubatan juga penting dalam masyarakat Melayu kerana tumbuhan ialah penyembuh paling mustajab. Motif hidupan yang dihasilkan dalam tekstil dan ukiran kayu berbeza dengan motif tumbuhan kerana pemilihan lebih menjurus kepada keunikan. Dalam masa yang sama,motif kosmologi dan alam bumi turut dihasilkan dalam tekstil dan ukiran kayu berdasarkan falsafah keindahan alam • semesta dan juga symbol keagamaan walaupun maknanya kurang dihayati.
Pages: 1-32
Call Number: NK9779.S439 sem
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Kandis Resource Centre Sdn Bhd
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.