Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392540
Title: Kekeliruan antara al-idafat dan al-na'at di kalangan pelajar Melayu
Authors: Ashinida Aladdin
Conference Name: Language And Nationhood : Confronting New Realities : International Conference
Keywords: Bahasa Arab -- Nahu
Bahasa asing
Conference Date: 2003-12-16
Conference Location: Putrajaya Marriot Hotel
Abstract: Bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan negara bangsa. Selain daripada menguasai bahasa ibunda dengan baik dan juga bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris, rakyat Malaysia telah disaran supaya menguasai bahasa-bahasa asing yang terkemuka di dunia dalam era globalisasi ini. Di antara bahasa asing yang semakin ramai penuturnya di segenap pelusuk dunia ialah bahasa Arab. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau serta menyelidik salah satu isu nahu bahasa Arab iaitu kekeliruan antara struktur al-idafatdan al-na'atdi dalam penulisan para pelajar SMKA. AI-idafatdan al- na'at merupakan elemen yang penting dalam memahami makna sesebuah ayat bahasa Arab. Jika pelajar tidak dapat menguasai kedua-dua struktur ini dengan baik, pelajar akan menghadapi masalah dalam memahami maksud serta mesej yang hendak disampaikan dalam sesebuah ayat serta tidak dapat membina ayat-ayat yang gramatis dalam penulisan mereka. Seterusnya, pengkaji akan menganalisa kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar dan mengenalpasti laktor-Iaktor yang menyebabkan wujudnya kekeliruan tersebut. Pengkaji juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi kekeliruan yang dihadapi supaya pelajar dapat menguasai bahasa Arab dengan lebih baik lagi. Kajian ini adalah kajian lapangan dimana sampel adalah terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan lima yang di salah sebuah SMKA di Selangor. Para pelajar diminta membuat ujian bertulis berkaitan dengan topik kajian ini dan seterusnya jawapan mereka dianalisa. Hasi l kajian ini diharap dapat menyumbang kearah melahirkan negara bangsa yang mampu menguasai bahasa aSing dengan baik sesuai dengan saranan kerajaan Malaysia agar rakyat Malaysia mampu menyahut cabaran-cabaran yang bakal dihadapai dalam era globalisasi ini.
Pages: 47
Call Number: P35.I554 2003 n.1 sem
Publisher: School of Language Studies and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.