Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391075| Title: | Penggunaan pembelajaran Koperatif Tipe Stad untuk meningkatkan interaksi pelajar dalam belajar Matematik di Kelas XII I,A.2 SMAN 5 Pekanbaru |
| Authors: | Sukma, Enny |
| Conference Name: | Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education |
| Keywords: | Pendidikan Matematik |
| Conference Date: | 2008-12-01 |
| Conference Location: | Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor |
| Abstract: | Peningkatan mutu pendidikan ditandai dengan meningkat pencapaian pelajar di sekolah, termasuk pencapaian matematik. Pada kenyataannya pencapaian matematik pelajar SMA masih belum sebagaimana dikehendaki. Masalah yang kerap dihadapi pada proses pembelajaran adalah kurangnya aktiviti pelajar dalam belajar, baik tindak balas antara pelajar mahupun pelajar dengan guru. Pelajar terlihat pasif dan hanya menghabiskan waktu dengan mendengarkan atau mencatat apa yang disampaikan guru. Hal ini juga pengkaji alami saat sekarang pengkaji mengajar di kelas XII LA 2 SMA Negeri 5 Pekanbaru, yang mengakibatkan pencapaian ulangan blok 1 hanya mencapai ketunlasan 35%. Dengan memperhatikan keadaan di atas pengkaji mencuba menerapkan kaedah pembelajaran yang diharapkan dapat meningkatkan interaksi pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Model pembelajaran yang dimaksudkan adalah model pembelajaran koperatif tipe STAD. Pembelajaran koperatif tipe STAD adalah suatu lingkungan belajar di mana pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil yang heterogen secara akademik dan jantina untuk menyelesaikan tugasan akademik. Pembelajaran koperatif tipe STAD di dalam pembelajaran dilaksanakan melalui beberapa tahap berikut iaitu : (1) tahap persiapan : (2) presentasi kelas; (3) kegiatan kumpulan ; (4) melaksanakan evaluasi ; (5) penghargaan kumpulan ; (6) mengira ulang skor dasar perubahan kumpulan. Dengan model pembelajaran ini diharapkan dapat meningkatkan interaksi belajar pelajar pada mala pelajaran matematik pada am nya dan khas nya pada pokok bahasan Barisan dan Deret. Dengan strategi pembelajaran yang tepat diharapkan akan tercipta interaksi antara pelajar dengan pelajar dan interaksi antara pelajar dengan guru dalam kegiatan belajar yang akhirnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Masalah utama yang akan dipeeahkan melalui kajian ini adalah kurangnya interaksi pelajar kelas XII LA 2 SMA Negeri 5 Pekanbaru dalam belajar matematik. Masalah tersesbut dipecahkan dengan melakukan kajian tindakan kelas dengan dua pusingan dan setiap pusingan melalui empat tahapan iaitu perencanaan, pelaksanaan, observasi dan refleksi. Pusingan pertama dilaksanakan tiga kali pertemuan dan pada pusingan kedua dua kali pertemuan. Selama tindakan ketua kajian bertindak sebagai guru dan anggota kajian mengamati dan meneatat semua aktiviti yang muncul dalam proses pembelajaran. Hasil pengamatan sebagai sumber refleksi dan selanjutnya merencanakan tindakan lanjutan. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi pelajar dalam beJajar matematik di kelas XIII.A 2 SMA Negeri 5 Pekanbaru melalui penerapan pembelajaran koperatif tipe STAD. Pada kajian ini interaksi pelajar dengan guru mencakup aspek bertanya pada guru dan menjawab pertanyaan guru sedangkan interaksi pelajar dengan pelajar mencakup aspek berdiskusi dengan kawan. Kajian dilakukan pada semester ganjil tahun ajaran 2007/2008 dari bulan Ogos sampai Disember 2007. Lokasi kajian adalah SMA Negeri 5 Pekanbaru yang terletak di Jalan Bawal No 43 Kecamatan Marpoyan Damai Pekanbaru. |
| Pages: | 47 |
| Call Number: | LC65.S288 2008 sem |
| Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391075 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.