Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391058
Title: | Excel in mathematics with graphic calculator |
Authors: | Zunariah Mahamad Effandi Zakaria Norazah M. Noordin |
Conference Name: | Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education |
Keywords: | Calculator Excel Mathematics |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor |
Abstract: | Komputer bersaiz kecil (handheld komputef) dianggap sebagai suatu alat pembelajaran dalam bilik darjah pada masa akan datang. Para pelajar akan lebih mudah memasukkan data dan berkongsi dengan rakan sekelas mereka dalam menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan oleh guru. Antara teknologi mudah yang digunakan dengan meluas kini dalam matematik , ialah mesin kalkulator. Kalkulator ini membantu memudahkan pengiraan rumit dalam menyelesaikan masalah dalam latihan pelajar. Manakala penggunaan teknologi grafik seperti Kalkulator Grafik dalam konteks matematik, dapat memupuk pemahaman pelajar tentang sifat, keadaan, kegunaan dan batasan-batasan alat teknologi ini dan menonjolkan pemahaman yang mendalam lagi tentang konsep-konsep matematik. Kalkulator Grafik digunakan pada peringkat menengah atas dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sains Tambahan dan Sains. Kalkulator ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan graf dan fungsi serta disiplin matematik lain seperti statistik, algebra dan kalkulus. Pelajar dapat menerokai graf bagi empat jenis fungsi iaitu fungsi linear, kuadratik, kubik dan salingan dengan cepat dan jelas. Di samping itu, pelajar dapat menentukan hubungan antara bentuk graf dengan pekalinya, boleh mencipta soalan sendiri, meneka jenis graf dan membuat pengesahan serta merta. Aktiviti "hands on" serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimunkan proses pembelajaran mereka. Pendedahan fungsi dan penggunaan kandungan serta aplikasi yang terdapat dalam kalkulator grafik TI-84 Plus akan ditunjukkan dalam bengkel ini. |
Pages: | 43 |
Call Number: | LC65.S288 2008 sem |
Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.