Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390582
Title: | Implikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-rahnu terhadap prosedur pelaksanaan produk dan pihak yang berkontrak |
Authors: | Aida Rasyiqah Zulkifli (P101642) |
Supervisor: | Zamzuri Zakaria, Dr. |
Keywords: | Mortgages (Islamic law) -- Malaysia Loans (Islamic law) -- Malaysia Pawnbroking -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Dec-2022 |
Abstract: | Penawaran produk Ar-Rahnu berasaskan konsep tawarruq diperkenal bagi menggantikan konsep qarḍ kerana ada isu qarḍ jarra naf'an pada caj upah simpanan. Perubahan ini dikatakan memberi implikasi kepada prosedur pelaksanaan produk dan penyedia perkhidmatan. Justeru, kajian akan menganalisis perubahan pada elemen dalam prosedur pelaksanaan produk dan membuat perbandingan pelaksanaan operasi produk dalam kalangan penyedia serta mengkaji implikasi perubahan tersebut. Kaedah kualitatif digunakan dengan pendekatan analisis kandungan dan temu bual separa struktur. Data kualitatif dianalisis secara induktif menggunakan Atlas.ti7 mengikut kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan pada elemen kontrak perjanjian iaitu pertambahan pihak yang berkontrak daripada dua kepada tiga pihak. Perubahan juga berlaku pada aspek dokumen perjanjian yang memerlukan akad urusniaga jualan komoditi. Pada elemen notis peringatan berlaku perubahan pada aspek kaedah tebusan manakala pada elemen ujian ketulenan dan jenis, perundangan dan takaful tiada perubahan yang berlaku. Seterusnya, kajian perbandingan diantara tiga penyedia yang dipilih mendapati perbezaan lebih banyak daripada persamaan. Perbezaan yang ketara adalah pada jenis barang gadaian, kaedah penentuan kualiti emas, jumlah dan margin pe\mbiayaan, tempoh pembiayaan, lafaz kontrak, kadar keuntungan bulanan dan perundangan. Manakala persamaan wujud pada aspek pihak yang berkontrak, kaedah tebusan, pelanjutan tempoh, kaedah lelongan dan lebihan lelongan. Dari sudut implikasi perubahan konsep kontrak terhadap prosedur pelaksanaan produk, kajian mendapati ia menyebabkan prosedur gadaian bertambah, tempoh pembiayaan menjadi lebih singkat, jumlah bayaran kadar keuntungan tidak tetap dan penambahan dokumen perjanjian yang lebih terperinci perlu disediakan. Selanjutnya, implikasi kepada pihak yang berkontrak ialah pertambahan pihak yang terlibat, penambahan kos bagi penyedia dan pertambahan beban kerja bagi kakitangan, masalah gangguan teknikal dan pertambahan tempoh masa menunggu bagi pelanggan. Bagi mengatasi masalah lambakan surat gadaian lepas yang menggunakan konsep qarḍ, kajian mencadangkan konsep auto tawarruq dilaksanakan. Implikasi kajian dapat menyumbang kepada penambahbaikkan terhadap penyedia Ar-Rahnu dalam mengatasi isu dan kekurangan dalam pelaksanaan produk. |
Pages: | 134 |
Call Number: | BP158.M67A383 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Implikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-rahnu terhadap prosedur pelaksanaan produk dan pihak yang berkontrak.pdf Restricted Access | Full-text | 2.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.