Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390582
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamzuri Zakaria, Dr.-
dc.contributor.authorAida Rasyiqah Zulkifli (P101642)-
dc.date.accessioned2023-05-02T00:52:06Z-
dc.date.available2023-05-02T00:52:06Z-
dc.date.issued2022-12-29-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390582-
dc.description.abstractPenawaran produk Ar-Rahnu berasaskan konsep tawarruq diperkenal bagi menggantikan konsep qarḍ kerana ada isu qarḍ jarra naf'an pada caj upah simpanan. Perubahan ini dikatakan memberi implikasi kepada prosedur pelaksanaan produk dan penyedia perkhidmatan. Justeru, kajian akan menganalisis perubahan pada elemen dalam prosedur pelaksanaan produk dan membuat perbandingan pelaksanaan operasi produk dalam kalangan penyedia serta mengkaji implikasi perubahan tersebut. Kaedah kualitatif digunakan dengan pendekatan analisis kandungan dan temu bual separa struktur. Data kualitatif dianalisis secara induktif menggunakan Atlas.ti7 mengikut kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan pada elemen kontrak perjanjian iaitu pertambahan pihak yang berkontrak daripada dua kepada tiga pihak. Perubahan juga berlaku pada aspek dokumen perjanjian yang memerlukan akad urusniaga jualan komoditi. Pada elemen notis peringatan berlaku perubahan pada aspek kaedah tebusan manakala pada elemen ujian ketulenan dan jenis, perundangan dan takaful tiada perubahan yang berlaku. Seterusnya, kajian perbandingan diantara tiga penyedia yang dipilih mendapati perbezaan lebih banyak daripada persamaan. Perbezaan yang ketara adalah pada jenis barang gadaian, kaedah penentuan kualiti emas, jumlah dan margin pe\mbiayaan, tempoh pembiayaan, lafaz kontrak, kadar keuntungan bulanan dan perundangan. Manakala persamaan wujud pada aspek pihak yang berkontrak, kaedah tebusan, pelanjutan tempoh, kaedah lelongan dan lebihan lelongan. Dari sudut implikasi perubahan konsep kontrak terhadap prosedur pelaksanaan produk, kajian mendapati ia menyebabkan prosedur gadaian bertambah, tempoh pembiayaan menjadi lebih singkat, jumlah bayaran kadar keuntungan tidak tetap dan penambahan dokumen perjanjian yang lebih terperinci perlu disediakan. Selanjutnya, implikasi kepada pihak yang berkontrak ialah pertambahan pihak yang terlibat, penambahan kos bagi penyedia dan pertambahan beban kerja bagi kakitangan, masalah gangguan teknikal dan pertambahan tempoh masa menunggu bagi pelanggan. Bagi mengatasi masalah lambakan surat gadaian lepas yang menggunakan konsep qarḍ, kajian mencadangkan konsep auto tawarruq dilaksanakan. Implikasi kajian dapat menyumbang kepada penambahbaikkan terhadap penyedia Ar-Rahnu dalam mengatasi isu dan kekurangan dalam pelaksanaan produk.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMortgages (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectLoans (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectPawnbroking -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleImplikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-rahnu terhadap prosedur pelaksanaan produk dan pihak yang berkontraken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages134en_US
dc.identifier.callnoBP158.M67A383 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode6996en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Implikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-rahnu terhadap prosedur pelaksanaan produk dan pihak yang berkontrak.pdf
  Restricted Access
Full-text2.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.