Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390260
Title: Teori moral @ etika kant: satu analisis ringkas
Authors: Zarin Ismail
Ruslin Amir
Conference Name: International Conference On Lifelong Learning (ICLL)
Keywords: Etika kant
Moral
Modal insan
Conference Date: 2007-11-26
Conference Location: Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Immanuel Kant (1724-1804) ialah seorang filosof German tersohor yang percaya bahawa prinsip moral adalah bersifat mutlak dan perlu diasaskan kepada maruah diri manusia. Pada pendapat beliau, manusia mempunyai nilai intrinsik atau dignity yang menjadikannya lebih mulia daripada segala makhluk, sedangkan makhluk-makhluk lain pula hanya bernilai selama mana ia dapat memberi manfaat kepada insan. Kant berasal daripada keluarga yang kuat berpegang kepada agama, namun pengaruh tulisan Voltaire dan Hume menyebabkan dia membebaskan dirinya daripada "gaya hidup orang-orang warak" (puritanical pietism) yang telah menjadi amalan hid up kepada keluarga beliau. Sejarah hidup Kant amat terkenal dengan ketekalannya mengamalkan kehidupan yang rutin dan barangkali memikirkan tiada wanita yang mampu menjejaki cara kehidupannya, Kant memilih untuk terus membujang hingga ke akhir hayatnya. Sungguh pun begitu, di sebalik kehidupannya yang aneh, Kant juga diakui sebagai seorang ahli falsafah yang teragung, selepas Plato dan Aristotle. Pengaruh pemikirannya, terutama dalam bidang fals9fah moral atau etika, terus menjadi bahan perdebatan ilmiah dan masih dikaji secara mendalam oleh para intelektual hingga ke hari ini. Antara karya agung yang ditulis oleh Immanuel Kant ialah; Foundations of the Metaphysics of Morals, The Metaphysical Principles of Virtues, Lectures on Ethics, dan The Critique of Pure Reason. Namun, falsafah moral Kant perlu disaring dengan teliti jika ingin disepadukan secara harmon is dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan berbuat demikian, kerelevanan teori moral Kant kepada pembangunan modal insan melalui pendidikan sepanjang hayat, khususnya yang melibatkan proses pemupukan nilai-nilai murni dapat dimanfaatkan.
Pages: 50
Call Number: LC 5209.I55 2007d Sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.