Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390258
Title: Keberkesanan latihan industri terhadap para pelajar sebagai persediaan menempoh alam pekerjaan
Authors: Zarina Baharudin Zamani
Nasoruddin Mohamad
Noorli Khamis
Conference Name: International Conference On Lifelong Learning (ICLL)
Keywords: Latihan industri
Universiti
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Conference Date: 2007-11-26
Conference Location: kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Latihan industri merupakan satu kursus yang mesti diambil oleh para pelajar Tahun 3 kursus Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Antara objektif latihan industri diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar, menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, para pelajar diharap dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan mereka tentang perkembangan teknologi semasa. Jangka masa 20 minggu diperuntukkan untuk para pelajar menghadiri latihan industri tersebut. Mereka boleh memilih sama ada untuk menjalani latihan di sektor awam atau swasta. Kertas kerja ini bertujuan bagi menilai keberkesanan latihan industri terhadap para pelajar. Sejauh manakah ia dapat memberi kesan kepada pembentukan sahsiah pelajar serta menyediakan mereka dari segi fizikal dan mental sebelum menempoh alam pekerjaan yang sebenar. Dalam kajian ini, para pelajar yang telah menghadiri latihan industri dikehendaki menjawab borang kaji selidik untuk menilai sendiri semangat, keyakinan diri dan persediaan mereka bagi menempoh alam pekerjaan. Mereka juga dikehendaki memberikan pandangan terhadap kerja yang dilakukan di tempat latihan industri. Di samping itu, mereka akan memberi cadangan ke arah penambahbaikkan perlaksanaan latihan industri supaya dapat mencapai objektif yang diharapkan.
Pages: 49
Call Number: LC 5209.I55 2007d Sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.