Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390255
Title: | Keusahawanan kerjaya pilihan sepanjang hayat |
Authors: | Salmah Ishak Norasmah Hj Othman Nor Aishah Buang |
Conference Name: | International Conference On Lifelong Learning (lCLL) |
Keywords: | Keusahawanan Ekonomi Siswazah |
Conference Date: | 2007-11-26 |
Conference Location: | Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Bidang keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang semakin berkembang pesat berikutan sumbangan besar bidang ini terhadap perkembangan ekonomi negara. Perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini menarik penglibatan golongan muda di negara-negara barat menceburi bidang ini sebagai satu kerjaya pilihan yang merupakan rentetan kepada perubahan struktur ekonomi dunia yang memasuki era globalisasi. Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia kerana kerjaya dalam bidang ini masih kurang digemari oleh golongan muda terutamanya. Kesan daripada itu telah membangkitkan isu pengangguran dalam kalangan siswazah berikutan peluang pekerjaan makan gaji yang semakin terhad. Walaupun peluang menceburi bidang keusahawanan terbuka dengan luas dan mendapat sokongan serta bantuan dari pihak kerajaan menerusi pelbagai skim, namun mereka hanya melihat kerjaya keusahawanan sebagai pilihan kedua atau terakhir sahaja. Ini adalah kerana minat yang tinggi terhadap kerjaya makan gaji, yang disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap kerjaya keusahawanan, berikutan tidak diterapkan sejak di peringkat awal. Dalam konteks ini, persepsi siswazah perlu diubah supaya mereka dapat menerima bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan yang mampu dikekalkan sepanjang hayat. |
Pages: | 48 |
Call Number: | LC5209.I55 2007d sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.