Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390245
Title: Proses pendidikan sepanjang hayat: tahap kefahaman bacaan bahasa Arab
Authors: Nik Mohd Rahimi Yusoff
Sarizan Sulong
Conference Name: International Conference On Lifelong Learning (lCLL)
Keywords: Bahasa Arab
Pendidikan
Kognitif
Conference Date: 2007-09-26
Conference Location: Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Membaca, tanpa mengira apa pun bahasa, ialah salah satu daripada asas proses pendidikan sepanjang hayat Dengan membaca, seseorang itu dapat menambah ilmu pengetahuannya dari semasa ke semasa. Proses penambahan ilmu pengetahuan inilah yang dikenali sebagai proses pendidikan sepanjang hayat. Bagaimanapun, kemahiran membaca ini bergantung kepada tahap kefahaman, iaitu tahap kognitif pembaca. Semakin tinggi kefahaman pembaca, semakin banyak ilmu yang diperolehi. Justeru tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kefahaman bacaan bahasa Arab. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan dua. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik dan ujian kefahaman bacaan prosedur kloz dan taksonomi untuk mendapatkan data berkaitan tahap pencapaian dalam kemahiran kefahaman bacaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman bacaan adalah pada tahap baik. Walau bagaimanapun, usaha-usaha yang relevan diperlukan ke arah meningkatkan kefahaman bacaan pelajar, kerana kefahaman yang tinggi sangat diperlukan untuk menjadi individu yang cemerlang.
Pages: 45
Call Number: LC5209.I55 2007d sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390245
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.