Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390238
Title: | Resosialisasi anak jalanan dari perspektif sosiologi: cabaran dan penyelesaiannya |
Authors: | Abdul Razaq Ahmad Didin Saripudin |
Conference Name: | International Conference On Lifelong Learning (lCLL) |
Keywords: | Anak jalanan Gelandangan |
Conference Date: | 2007-11-26 |
Conference Location: | Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Isu masalah kanak-kanak atau golongan remaja terus mendapat perhatian masyarakat dunia. Situasi ini jelas dengan terdapatnya pelbagai dokumen di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan hak kanak-kanak. Salah satu isu masalah kanak-kanak atau golongan remaja adalah permasalahan anak jalanan. Laporan Dunia tentang situasi anak, telah menyatakan terdapat terdapat 30 juta kanak-kanak yang tinggal dan menjaga din mereka sendiri di persekitaran kawasan jalanan. Manakala di Asia, kanak-kanak atau anak jalanan ini di anggarkan 20 juta (Tauran 2000: Bakrie 2006). Anak jalanan terdedah kepada pengaruh persekitaran yang negatif sehingga kebanyakan mereka terlibat dengan tingkah laku deviant. Anak jalanan sering kali dirujuk sebagai kanak-kanak yang berperilaku bebas, liar, tidak boleh dikawal dan terlibat dalam pelbagai kes salah laku jenayah. Oleh sebab itu, anak jalanan ini perlu dipulihkan dan diberikan penjagaan sempurna agar dapat kembali ke pangkal jalan, hidup secara normal seperti kanak-kanak lain dan menikmati hak-hak mereka sebagai kanak-kanak melalui program resosialisasi. Program pemulihan dan penjagaan kanak-kanak jalanan di rumah singgah (open house) harus bertunjangkan pengetahua~, kesedaran dan benteng kekuatan dalaman agar dapat menghadapi segala cabaran dan rintangan yang dilalui dalam kehidupan sehari-hari. Kertas kerja ini mengkaji usaha-usaha yang telah dilakukan dalam resosialisai anak jalanan, cabaran dan penyelesainnya. |
Pages: | 41 |
Call Number: | LC5209.I55 2007d sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.