Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390013
Title: | Kesan Ekstrak Piper Sarmentosum (Kaduk) Terhadap Sindrom Metabolik Aruhan Fruktosa Pada Model Tikus |
Authors: | Sivanesan Raja Kumar |
Supervisor: | Nur Azlina Mohd Fahami, Prof Madya Dr. Elvy Suhana Mohd Ramli, Dr. |
Keywords: | Metabolic Syndrome -- prevention & control Metabolic Syndrome -- therapy Herbal Medicine Academic Dissertations as Topic |
Issue Date: | 2019 |
Abstract: | Sindrom metabolik adalah koleksi beberapa penyakit metabolik khususnya obesiti, hipertensi, hiperlipidemia dan hiperglisemia yang boleh meningkatkan risiko perkembangan penyakit kardiovaskular, diabetes jenis-2 dan strok. Dua penyebab utama yang menyebabkan gangguan metabolik ialah pengambilan diet tinggi kalori yang dimaniskan dengan gula dan kurang aktiviti fizikal. Fruktosa ialah gula ringkas yang digunakan secara meluas sebagai pemanis dalam industri makanan. Kajian telah melaporkan bahawa pengambilan fruktosa berlebihan menyumbang kepada perkembangan sindrom metabolik. Piper sarmentosum (PS) ialah tumbuhan daripada keluarga Piperaceae yang dilaporkan memiliki pelbagai jenis fitokimia yang mempunyai pelbagai aktiviti farmakologi. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji kesan ekstrak metanol PS terhadap parameter fisiologi dan metabolik dalam tikus obes. Empat puluh ekor tikus Wistar diagihkan secara rawak kepada 5 kumpulan; 3 kumpulan diaruh fruktosa, 1 kumpulan kawalan dan 1 kumpulan basal. Kumpulan tikus diaruh fruktosa telah diberikan 20% fruktosa dalam air minuman selama 8 minggu. Selepas itu, ketiga kumpulan tersebut masing-masing telah menerima ekstrak metanol PS (125 mg/kg), naringin (100 mg/kg) atau minyak zaitun (0.1 ml/100g) selama 28 hari. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pengambilan 20% fruktosa selama 8 minggu meningkatkan parameter obesiti, tekanan darah, glukosa darah, insulin, HbA1C serta jumlah kolesterol serum secara signifikan. Ia juga mengaruh stres oksidatif, menyebabkan hipertrofi adiposit yang membawa kepada disregulasi rembesan adipokin serta meningkatkan aktiviti enzim 11βHSD1, G6Pase, HMG-CoA reduktase dan lipoprotein lipase. Rawatan dengan ekstrak PS secara signifikan mengurangkan berat badan, jisim lemak, peratus lemak, tekanan darah sistolik dan distolik, glukosa darah, insulin, HbA1C, stres oksidatif, aktiviti enzim biosintesis kolesterol, leptin, LDL, jumlah kolesterol dan trigliserida. Selain itu, rawatan ekstrak PS juga meningkatkan tahap adiponektin dan HDL serum secara signifikan. Kajian histologi pada adiposit menunjukkan bahawa rawatan PS membawa kepada hipotrofi adiposit. Sebagai kesimpulan, PS mempunyai keupayaan untuk mengurangkan sindrom metabolik melalui tindakan penghapusan radikal bebas, hipotrofi adiposit serta perencatan aktiviti enzim-enzim yang berkaitan dengan biosintesis kolesterol dan homeostasis glukosa darah. |
Pages: | 258 |
Publisher: | Fakulti Perubatan, UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
SIVANESAN RAJA KUMAR-LATEST.pdf Restricted Access | 4.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.