Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390013
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Azlina Mohd Fahami, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.advisorElvy Suhana Mohd Ramli, Dr.-
dc.contributor.authorSivanesan Raja Kumar-
dc.date.accessioned2023-03-13T08:01:41Z-
dc.date.available2023-03-13T08:01:41Z-
dc.date.issued2019-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390013-
dc.description.abstractSindrom metabolik adalah koleksi beberapa penyakit metabolik khususnya obesiti, hipertensi, hiperlipidemia dan hiperglisemia yang boleh meningkatkan risiko perkembangan penyakit kardiovaskular, diabetes jenis-2 dan strok. Dua penyebab utama yang menyebabkan gangguan metabolik ialah pengambilan diet tinggi kalori yang dimaniskan dengan gula dan kurang aktiviti fizikal. Fruktosa ialah gula ringkas yang digunakan secara meluas sebagai pemanis dalam industri makanan. Kajian telah melaporkan bahawa pengambilan fruktosa berlebihan menyumbang kepada perkembangan sindrom metabolik. Piper sarmentosum (PS) ialah tumbuhan daripada keluarga Piperaceae yang dilaporkan memiliki pelbagai jenis fitokimia yang mempunyai pelbagai aktiviti farmakologi. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji kesan ekstrak metanol PS terhadap parameter fisiologi dan metabolik dalam tikus obes. Empat puluh ekor tikus Wistar diagihkan secara rawak kepada 5 kumpulan; 3 kumpulan diaruh fruktosa, 1 kumpulan kawalan dan 1 kumpulan basal. Kumpulan tikus diaruh fruktosa telah diberikan 20% fruktosa dalam air minuman selama 8 minggu. Selepas itu, ketiga kumpulan tersebut masing-masing telah menerima ekstrak metanol PS (125 mg/kg), naringin (100 mg/kg) atau minyak zaitun (0.1 ml/100g) selama 28 hari. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pengambilan 20% fruktosa selama 8 minggu meningkatkan parameter obesiti, tekanan darah, glukosa darah, insulin, HbA1C serta jumlah kolesterol serum secara signifikan. Ia juga mengaruh stres oksidatif, menyebabkan hipertrofi adiposit yang membawa kepada disregulasi rembesan adipokin serta meningkatkan aktiviti enzim 11βHSD1, G6Pase, HMG-CoA reduktase dan lipoprotein lipase. Rawatan dengan ekstrak PS secara signifikan mengurangkan berat badan, jisim lemak, peratus lemak, tekanan darah sistolik dan distolik, glukosa darah, insulin, HbA1C, stres oksidatif, aktiviti enzim biosintesis kolesterol, leptin, LDL, jumlah kolesterol dan trigliserida. Selain itu, rawatan ekstrak PS juga meningkatkan tahap adiponektin dan HDL serum secara signifikan. Kajian histologi pada adiposit menunjukkan bahawa rawatan PS membawa kepada hipotrofi adiposit. Sebagai kesimpulan, PS mempunyai keupayaan untuk mengurangkan sindrom metabolik melalui tindakan penghapusan radikal bebas, hipotrofi adiposit serta perencatan aktiviti enzim-enzim yang berkaitan dengan biosintesis kolesterol dan homeostasis glukosa darah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan, UKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMetabolic Syndrome -- prevention & controlen_US
dc.subjectMetabolic Syndrome -- therapyen_US
dc.subjectHerbal Medicineen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titleKesan Ekstrak Piper Sarmentosum (Kaduk) Terhadap Sindrom Metabolik Aruhan Fruktosa Pada Model Tikusen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages258en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SIVANESAN RAJA KUMAR-LATEST.pdf
  Restricted Access
4.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.