Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389836
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norliza Muhammad, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.advisor | Kamisah Yusof, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Khairulanwar Bunaim, Dr. | - |
dc.date.accessioned | 2023-02-19T07:42:46Z | - |
dc.date.available | 2023-02-19T07:42:46Z | - |
dc.date.issued | 2021 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389836 | - |
dc.description.abstract | Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca nombor satu berlakunya kematian di dunia dengan hipertensi antara penyumbang utama faktor risiko kepada penyakit ini. Centella asiatica, juga dikenali sebagai pegaga tergolong dalam keluarga tumbuhan Apiaceae (Umbelliferae) dan banyak terdapat di Asia Tenggara, India dan China. Tumbuhan ini mempunyai kandungan triterpenoid dan flavonoid yang tinggi yang berperanan sebagai anti-oksidan. Komponen bioaktif ini juga terlibat dalam sistem renin-angiotensin-aldosteron (RAAS), iaitu satu sistem hormon yang penting dalam regulasi tekanan darah. Di dalam kajian ini, kesan ekstrak C. asiatica terhadap tekanan darah dan jantung pada model tikus hipertensi telah diselidik. Hipertensi telah diaruh dengan menggunakan N(G)-nitro-L-arginin metil ester (L-NAME) yang diberi secara oral. Tiga puluh ekor tikus Sprague-Dawley jantan dibahagikan kepada lima kumpulan. Kumpulan 2, 4 dan 5 diberikan L-NAME (40 mg/kg, secara oral) selama 8 minggu. Kumpulan 4 dan 5 masing-masing turut menerima ekstrak C. asiatica (500 mg/kg, secara oral) dan Captopril (5 mg/kg, secara oral) manakala kumpulan 1 dan 3 pula masing-masing menerima air deionisasi dan ekstrak C. asiatica. Tekanan darah sistolik (SBP) diukur sebelum kajian bermula, pada minggu keempat dan minggu kelapan. Nitrik oksida (NO) pada serum diukur sebelum dan selepas kajian, manakala aras peroksidasi lipid pada jantung dan aorta, aktiviti enzim penukar angiotensin (ACE) pada jantung dan aras peptida natriuretik otak (BNP) pada serum diukur pada akhir kajian. Selepas lapan minggu, terdapat peningkatan yang signifikan pada SBP, dan juga pada kerosakan tisu jantung, yang dinilai berdasarkan peningkatan aras BNP pada serum dalam kumpulan L-NAME berbanding kumpulan kawalan (p < 0.05). Kumpulan L-NAME ini juga telah menunjukkan penurunan aras NO pada serum, peningkatan produk peroksidasi lipid pada jantung dan aorta serta pertambahan aktiviti ACE pada jantung secara signifikan (p < 0.05) pada akhir kajian. Walau bagaimanapun, ekstrak C. asiatica atau Captopril telah menghalang peningkatan SBP dan penurunan aras NO pada serum yang disebabkan oleh L-NAME (p < 0.05). Selain itu, ekstrak C. asiatica atau Captopril ini turut menghalang pertambahan produk peroksidasi lipid pada jantung dan aorta, serta menyekat peningkatan aras ACE pada jantung dan aras BNP pada serum selepas tamat kajian (p < 0.05). Kesimpulannya, ekstrak C. asiatica mampu menghalang pembentukan hipertensi dan kerosakan jantung yang dirangsang oleh L-NAME dan kesan positif ini setanding dengan Captopril. Penemuan ini mungkin berkait-rapat dengan kandungan anti-oksidan yang tinggi yang dimiliki oleh C. asiatica, yang berperanan memulihkan NO pada aras yang normal dan merencatkan aktiviti ACE pada jantung | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Centella | en_US |
dc.subject | Plants, Medicinal | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic as Topic | en_US |
dc.title | Kesan Pegaga (Centella Asiatica) ke Atas Tekanan Darah dan Jantung Dalam Model Tikus Yang Didedahkan Kepada N(G)- Nitro-L-Arginin Metil Ester (L-NAME) Secara Kronik | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 83 | en_US |
dc.identifier.callno | QV20.5.M697k 2021 9HUKMPRA tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00002247052 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi) | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Dr Mohd Khairul Anwar Bunaim.pdf Restricted Access | 1.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.