Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389458
Title: | Amalan pengajaran guru tilawah al-Quran Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Authors: | Siti Fatimah Mohd Maiyurid (P98345) |
Supervisor: | Sabri Mohamad, Dr. |
Keywords: | Qur'an -- Study and teaching (Elementary) -- Kuala Lumpur Qur'an -- Recitation -- Study and teaching (Elementary) -- Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Jul-2022 |
Abstract: | Keupayaan membaca al-Quran merupakan sebuah pengetahuan asas yang perlu dititikberatkan dalam diri setiap muslim seawal usia kanak-kanak. Masalah ketidakupayaan pelajar membaca al-Quran di peringkat sekolah rendah seharusnya diberi perhatian agar ia tidak berterusan sehingga pelajar menginjak usia remaja dan dewasa. Amalan pengajaran guru yang kurang berkesan seperti tiada persediaan sebelum sesi pengajaran, pemilihan kaedah pengajaran yang kurang bersesuaian, dan guru kurang mendalami isi kandungan topik yang diajar merupakan antara faktor utama ketidakupayaan pelajar membaca al-Quran. Pengajaran tilawah al-Quran yang efektif perlu dilaksanakan bermula dari peringkat sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan objektif mengkaji amalan pengajaran guru sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran tilawah al-Quran. Kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes ini dijalankan bersama empat orang guru tilawah al-Quran Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kaedah pengumpulan data ialah melalui temu bual bersama para guru, analisis dokumen dan pemerhatian. Catatan lapangan dan rakaman suara digunakan sebagai sokongan sewaktu analisis data dilakukan. Kesahan data diperoleh melalui semakan pakar, kesahan responden dan semakan rakan. Dapatan kajian menunjukkan para guru mempunyai jadual, menyusun strategi dan memilih pendekatan pengajaran sebelum sesi pengajaran dimulakan. Kaedah pengajaran, teknik dan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalam sesi pengajaran pula bersesuaian dengan peringkat umur pelajar. Kajian ini turut mendapati para guru mempraktikkan ciri keperibadian mulia dalam membantu murid menghayati kandungan pembelajaran tilawah al-Quran. Selepas sesi Pengajaran dan Pembelajaran, para guru mempunyai susunan aktikiti yang dilaksanakan untuk mengemas kini perkembangan murid dalam pembelajaran tilawah al-Quran. Kesimpulannya, kajian ini telah mengenal pasti sebuah model pengajaran tilawah al-Quran murid sekolah rendah yang boleh menjadi panduan para guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran tilawah al-Quran secara bersemuka dan secara atas talian dengan lebih optimum. |
Pages: | 160 |
Call Number: | BP130.8.S58 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Amalan pengajaran guru tilawah al-Quran Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.pdf Restricted Access | Full-text | 3.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.