Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389458
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Fatimah Mohd Maiyurid (P98345)-
dc.date.accessioned2023-01-13T07:27:37Z-
dc.date.available2023-01-13T07:27:37Z-
dc.date.issued2022-07-18-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389458-
dc.description.abstractKeupayaan membaca al-Quran merupakan sebuah pengetahuan asas yang perlu dititikberatkan dalam diri setiap muslim seawal usia kanak-kanak. Masalah ketidakupayaan pelajar membaca al-Quran di peringkat sekolah rendah seharusnya diberi perhatian agar ia tidak berterusan sehingga pelajar menginjak usia remaja dan dewasa. Amalan pengajaran guru yang kurang berkesan seperti tiada persediaan sebelum sesi pengajaran, pemilihan kaedah pengajaran yang kurang bersesuaian, dan guru kurang mendalami isi kandungan topik yang diajar merupakan antara faktor utama ketidakupayaan pelajar membaca al-Quran. Pengajaran tilawah al-Quran yang efektif perlu dilaksanakan bermula dari peringkat sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan objektif mengkaji amalan pengajaran guru sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran tilawah al-Quran. Kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes ini dijalankan bersama empat orang guru tilawah al-Quran Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kaedah pengumpulan data ialah melalui temu bual bersama para guru, analisis dokumen dan pemerhatian. Catatan lapangan dan rakaman suara digunakan sebagai sokongan sewaktu analisis data dilakukan. Kesahan data diperoleh melalui semakan pakar, kesahan responden dan semakan rakan. Dapatan kajian menunjukkan para guru mempunyai jadual, menyusun strategi dan memilih pendekatan pengajaran sebelum sesi pengajaran dimulakan. Kaedah pengajaran, teknik dan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalam sesi pengajaran pula bersesuaian dengan peringkat umur pelajar. Kajian ini turut mendapati para guru mempraktikkan ciri keperibadian mulia dalam membantu murid menghayati kandungan pembelajaran tilawah al-Quran. Selepas sesi Pengajaran dan Pembelajaran, para guru mempunyai susunan aktikiti yang dilaksanakan untuk mengemas kini perkembangan murid dalam pembelajaran tilawah al-Quran. Kesimpulannya, kajian ini telah mengenal pasti sebuah model pengajaran tilawah al-Quran murid sekolah rendah yang boleh menjadi panduan para guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran tilawah al-Quran secara bersemuka dan secara atas talian dengan lebih optimum.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectQur'an -- Study and teaching (Elementary) -- Kuala Lumpuren_US
dc.subjectQur'an -- Recitation -- Study and teaching (Elementary) -- Kuala Lumpuren_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan pengajaran guru tilawah al-Quran Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpuren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages160en_US
dc.identifier.callnoBP130.8.S58 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode006924en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan pengajaran guru tilawah al-Quran Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.pdf
  Restricted Access
Full-text3.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.