Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389221
Title: Melayu dan Islam: dua asas perlembagaan Malaysia
Authors: Shamrahayu Ab. Aziz
Conference Name: Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Keywords: Melayu
Islam
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Negeri-Negeri
Conference Date: 2017-02-05
Conference Location: Amanjaya Convention Centre, Casuarina@Meru Bandar Meru Jaya, Ipoh, Perak
Abstract: Melayu dan Islam merupakan bangsa dan agama yang disebut dengan namanya dalam Perlembagaan. Fakta ini menunjukkan bahawa keduanya merupakan elemen penting kepada Pelembagaan dan sekaligus merupakan asas kepada Perlembagaan Persekutuan. Ketika ini ramai antara kita sudah agak faham tentang fakta ini. Namun, kefahaman tersebut masih perlu diperkasakan dengan wacana-wacana dan perbincangan yang lebih sistematik dan intelektual. Ini meliputi bukan sahaja kefahaman, tetapi juga penghayatan yang seterusnya akan membolehkan manisfestasi yang lebih menyeluruh ke atas kesan dua perkara ini dalam pelaksanaannya. Peruntukan-peruntukan perlembagaan, termasuk peruntukan berkaitan Melayu dan Islam akan hanya menjadi perhiasan sekiranya ia tidak dimanifetasikan atau direalisasikan dalam kehidupan sebenar bernegara. Kertas kerja ini cuba membawa kepada para hadirin dan peserta muzakarah tentang dua perkara asas dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Melayu dan Islam. Analisis akan dibuat kepada peruntukan Perlembagaan yang berkenaan kedua-duanya. Dalam perbincangan itu akan disentuh juga implikasi peruntukan-peruntukan berkaitan dan akan cuba dihidangkan juga tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi tujuan merealisasikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang berkenaan. Sementara itu, "Perlembagaan Malaysia" yang digunakan dalam tajuk kertas kertas kerja ini merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan Negeri-Negeri. la tidak merujuk kepada Perlembagaan sempena penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal pada tahun 1957 dengan beberapa pindaan bagi mengharmonikan kemasukan Sabah Sarawak dan Singapura. Melayu ditafsir, diberikan kepentingan dan keistimewaan, diberikan dijadikan syarat layak menjadi Menteri Besar. Agama Islam dikekalkan dengan diisytiharkan sebagai agama bagi Persekutuan. Di samping itu institusi-institusi seperti institusi pendidikan dan mahkamah yang beridentitikan Islam dijamin kedudukannya. Paling utamanya, Ketua Negara di peringkat Persekutuan, iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Utama Negara, iaitu sultan-sultan hendaklah seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Baginda-baginda pula, mengambil sumpah untuk mentadbir negara dengan adil dan saksama bersandarkan kepada Perlembagaan dan undang-undang dan pada setiap masa menjaga agama Islam. Islam bukan sahaja diangkat sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi dikekalkan juga dalam Perlembagaan negeri-negeri. Negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, sebagai pemangkin penubuhan Persekutuan pada tahun 1957 telah sekian lama menerima Islam sebagai agama bagi negeri-negeri. Islam telah begitu tertanam dalam tanah dan mengalir dalam air bagi negeri-negeri tersebut dalam jarak masa yang begitu lama. Walaupun melalui zaman penjajahan yang amat panjang, bermula 1511 dengan kejatuhan Kota Melaka, sehinggalah empat atau lima episod penjajahan sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 Islam tetap kekal tertanam dalam jiwa dan sanubari orang-orang Melayu. Ia amat terserlah dalam adat , budaya, istiadat, bahkan perundangan. Jangkamasa penjajahan selama 446 tahun itu walaupun sedikit sebanyak menghakis amalan dan perundangan Islam, tetapi tidak berjaya melekangkan Islam daripada Melayu atau Melayu daripada Islam. Keduanya kekal sinonim dan mempunyai hubungan yang begitu simbiotik sehinggalah Perlembagaan Persekutuan, sebuah Perlembagaan bertulis yang baharu dibentuk bagi tujuan kemerdekaan telah mengisytiharkan Islam sebagai agama bagi negara dan mengekalkan institusi-institusi Islam serta mengiktiraf kedudukan dan kepentingan bangsa Melayu.
Pages: 1-25
Call Number: KPG.M893 2017 katsem
Publisher: Kerajaan Negeri Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389221
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.