Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389039
Title: Penggunaan ruang pembelajaran dalam strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak
Authors: Nurul Ezzati Mohamad Saadon
Kamariah Abu Bakar
Editors: Maimun Aqsha Abdin Lubis
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan awal
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Conference Date: 2019-05-19
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Prasekolah merupakan pendedahan awal persekolahan kanak-kanak sebelum beralih kepada pembelajaran formal di sekolah rendah. Kanak-kanak Prasekolah antara umur empat hingga enam tahun merupakan 'natural and enthusiastic learners' dan memerlukan lebih pendedahan dalam pembelajaran mereka. Oleh hal yang demikian, penyediaan ruang pembelajaran yang dicadangkan dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017 dilihat boleh memberikan lebih peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka, menjalankan eksperimen serta meningkatkan lagi rasa ingin tahu dalam diri mereka. Penyelidikan kualitatif kaedah kajian kes dilakukan untuk meneroka pengalaman guru dalam penyediaan dan pelaksanaan aktiviti menggunakan ruang pembelajaran yang ada di kelas prasekolah. Data dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Keputusan menunjukkan bahawa penggunaan ruang pembelajaran dalam strategi pengajaran di kelas prasekolah merangkumi aspek-aspek penting seperti perancangan ruang, keperluan kanak-kanak, kesesuaian aktiviti, pemantauan guru dan peraturan penggunaan ruang pembelajaran. Penggunaan ruang yang baik dilihat dapat memberikan peluang untuk kanak-kanak meneroka dan menjalankan aktiviti. Guru turut mendapat manfaat dalam pengendalian aktiviti menerusi penggunaan ruang pembelajaran dalam kelas prasekolah.
Pages: 688-700
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.