Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784940
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorAniza Ismail, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorfazilah Ahmad, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorHanis Abdul Ranien_US
dc.date.accessioned2026-09-30T06:28:24Z-
dc.date.available2026-09-30T06:28:24Z-
dc.date.issued2026-09-22-
dc.identifier.otherP137729en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784940-
dc.description.abstractPelaporan insiden merupakan komponen penting dalam meningkatkan keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan kesihatan. Namun, amalan pelaporan insiden dalam perkhidmatan kesihatan primer awam masih belum dilaksanakan secara konsisten dan mekanisme yang mempengaruhi pembentukan amalan tersebut serta cabaran pelaksanaannya masih belum difahami secara menyeluruh. Justeru, kajian ini bertujuan mengukur skor amalan pelaporan insiden dan konstruk kajian, menguji hubungan antara kesedaran, organisasi, pengetahuan, sikap dan amalan pelaporan insiden, meneliti peranan sikap sebagai pemboleh ubah pengantara serta jantina, tempoh perkhidmatan dan jawatan sebagai pemboleh ubah penyederhana, di samping menjelaskan faktor dan cabaran pelaksanaan amalan pelaporan insiden dalam kalangan anggota kesihatan primer awam di Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran berurutan penjelasan yang merangkumi pembangunan dan kesahan instrumen, kajian kuantitatif yang dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur serta kajian kualitatif melalui temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen yang dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa kesedaran merekodkan skor min tertinggi (4.31, SP = 0.51), diikuti sikap (4.19,SP = 0.49), pengetahuan (3.88, SP = 0.40), amalan pelaporan insiden (3.82, SP=0.57) dan organisasi (3.82, SP = 0.47). Model kajian menunjukkan keupayaan penerangan yang memuaskan bagi sikap (R2 = 0.53) dan amalan pelaporan insiden (R2 = 0.54). Organisasi (B = 0.156, p = 0.028), pengetahuan (B=0.131, p=0.024) dan sikap (B=0.501, p<0.001) mempunyai kesan langsung yang signifikan dengan amalan pelaporan insiden, manakala kesan langsung antara kesedaran dan amalan tidak signifikan (B = 0.079, p = 0.187). Sikap bertindak sebagai pemboleh ubah pengantara yang signifikan, dengan hubungan antara kesedaran dan amalan serta organisasi dan amalan menunjukkan indirect-only mediation, manakala hubungan antara pengetahuan dan amalan menunjukkan complementary mediation. Jantina, tempoh perkhidmatan dan jawatan turut bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhana yang mempengaruhi kekuatan hubungan antara sikap dan amalan pelaporan insiden. Dapatan kualitatif pula menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan pelaporan insiden dipengaruhi oleh jurang antara kesedaran dan amalan, cabaran organisasi, sikap negatif terhadap pelaporan serta tekanan operasi dalam persekitaran kerja. Berdasarkan pengintegrasian dapatan kuantitatif dan kualitatif, kajian ini membangunkan Model Amalan Pelaporan Insiden dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer Awam yang menjelaskan mekanisme pembentukan amalan pelaporan insiden serta Kerangka Implementasi Amalan Pelaporan Insiden yang mencadangkan strategi pelaksanaan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman, pengukuhan budaya keselamatan, pengukuhan sikap positif terhadap pelaporan, pengintegrasian pelaporan ke dalam aliran kerja serta penyesuaian pelaksanaan mengikut konteks fasiliti. Model dan kerangka yang dibangunkan menyediakan asas empirikal untuk membimbing perancangan, pelaksanaan dan penilaian intervensi bagi memperkukuh amalan pelaporan insiden dan budaya keselamatan pesakit dalam perkhidmatan kesihatan primer awam di Malaysia serta berpotensi menjadi rujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsTerhad/Restricteden_US
dc.subjectRisk Managementen_US
dc.subjectPrimary Health Careen_US
dc.subjectPatient Safetyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan pelaporan insiden dalam perkhidmatan kesihatan primer awam di Perak: pendekatan kaedah campuranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages350en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.