Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784930
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorRoszita Ibrahim, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorfazilah Ahmad, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Bazlina Mohd Rawien_US
dc.date.accessioned2026-09-29T08:25:04Z-
dc.date.available2026-09-29T08:25:04Z-
dc.date.issued2026-09-08-
dc.identifier.otherP137732en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784930-
dc.description.abstractDiabetes Mellitus Jenis 2 (T2DM) merupakan penyakit kronik yang semakin meningkat dan memberi kesan besar kepada sistem kesihatan, ekonomi serta kesejahteraan keluarga. Pengurusan T2DM memerlukan penglibatan aktif penjaga keluarga yang sering menanggung beban ekonomi yang merangkumi kos langsung, kos tidak langsung dan kos tidak ketara. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesahkan soal selidik untuk mengukur beban ekonomi yang ditanggung oleh penjaga dan menganggarkan beban ekonomi serta mengenal pasti faktor-faktor berkaitan di kalangan penjaga dalam persekitaran Penjagaan Kesihatan Primer (PKP) awam di Pahang Barat. Kajian ini dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pembangunan dan pengesahan instrumen COST2DM-Malay serta kajian keratan rentas melibatkan 390 penjaga utama yang memenuhi kriteria kemasukan dan dipilih melalui pensampelan berkadar berperingkat. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berstruktur yang merangkumi maklumat sosiodemografi, sosioekonomi, sokongan sosial, ciri klinikal pesakit, faktor sistem kesihatan dan komponen kos penjagaan. Analisis data melibatkan statistik deskriptif, regresi linear mudah, regresi linear berganda dan analisis sensitiviti bagi mengesahkan keteguhan model yang dibangunkan. Hasil kajian menunjukkan instrumen COST2DM-Malay mempunyai tahap kesahan yang memuaskan dengan CVI = 0.89 dan FVI melebihi 0.80. Penjaga menanggung kos langsung dan kos tidak langsung dengan purata kos keseluruhan sebanyak RM1268.02 setahun. Sebanyak 59.0% penjaga melaporkan kos tidak ketara yang tinggi. Faktor-faktor seperti umur penjaga (p<0.001) dan ibubapa kepada pesakit (p=0.033) meningkatkan kos tahunan penjaga manakala pendidikan rendah (p<0.001), pendapatan bulanan dari kategori B40 (p<0.001), pendapatan bulanan dari kategori M40 (p<0.001), tiada komplikasi diabetes (p<0.001), ubatan OHA sahaja (p<0.005) dan jarak <30 minit (p<0.001) mengurangkan kos tahunan penjaga. Faktor-faktor yang mempengaruhi kos tidak ketara adalah hubungan lain-lain dengan pesakit T2DM (OR=6.50), ketersediaan kamera fundus (OR=0.02), ketersediaan Fisioterapi (OR=3.46) dan tempoh masa yang dihabiskan di fasiliti kesihatan awam (OR=0.99). Analisis sensitiviti mengesahkan keteguhan model regresi yang dibangunkan, dengan faktor-faktor signifikan yang dikenal pasti kekal konsisten dalam model akhir. Secara keseluruhannya, beban ekonomi penjaga dipengaruhi oleh gabungan faktor penjaga, ciri-ciri klinikal individu dengan T2DM dan sistem PKP awam. Kajian ini menekankan keperluan intervensi dasar dan program sokongan yang dapat mengurangkan beban penjagaan oleh penjaga individu dengan T2DM melalui pengiktirafan peranan penjaga serta memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dan berterusan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectCaregiver Burden — economicsen_US
dc.subjectCaregivers — economicsen_US
dc.subjectDiabetes Mellitus, Type 2en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia — Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic — Malaysiaen_US
dc.titleBeban ekonomi dan faktor-faktor berkaitan dalam kalangan penjaga pesakit diabetes mellitus jenis 2 yang tidak terkawal di penjagaan kesihatan primer awam di Pahang Baraten_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages309en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.