Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784907
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorNur Zakiah Mohd Saat, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorRuzita Abd. Talib, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorPoh, Bee Koon, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorShaliza Amierra Shahridzalen_US
dc.date.accessioned2026-09-25T05:13:49Z-
dc.date.available2026-09-25T05:13:49Z-
dc.date.issued2026-07-27-
dc.identifier.otherP139565en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784907-
dc.description.abstractPengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan (SB) yang mencukupi adalah penting bagi mengekalkan tahap kesihatan, serta melindungi daripada penyakit kronik. Walau bagaimanapun, tahap pengambilan SB di Malaysia kekal rendah, khususnya dalam kalangan remaja, manakala kajian berkaitan pengambilan SB dalam populasi ini adalah terhad. Justeru, kajian ini mengenal pasti faktor yang mendorong atau menghalang tingkah laku pengambilan SB dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 16 tahun di Malaysia, termasuk faktor personal, sosial, dan persekitaran fizikal. Kajian keratan rentas ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan terpilih di Kawasan Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur serta Malaysia Timur. Pengumpulan data dijalankan di sekolah menggunakan soal selidik kendiri, yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya, bagi menilai kekerapan pengambilan SB serta faktor yang boleh mendorong atau menghalang pengambilannya. Maklumat sosiodemografi serta ukuran antropometri (tinggi, berat dan lilitan pinggang) subjek turut diambil. Indeks Jisim Tubuh (IJT) telah dikira dan diklasifikasikan berdasarkan skor-z IJT-untuk-umur (BAZ) mengikut jantina WHO, manakala obesiti abdomen ditentukan menggunakan persentil ke-90 ukur lilit pinggang. Seramai 976 remaja subjek menyertai kajian ini. Majoriti subjek berbangsa Melayu (70.2%), dan adalah perempuan (56.8%). Sebahagian besar subjek berumur 14 tahun (30.3%), dan berasal dari Kawasan Utara (23.8%). Lebih separuh daripada subjek mempunyai ibu (59.4%) atau bapa (56.7%) berpendidikan menengah, dan adalah daripada golongan B40 (54.7%). Sebanyak 25.4% remaja berada dalam kategori berlebihan berat badan atau obes, manakala 12.0% dikategorikan mempunyai obesiti abdomen. Hasil kajian ini menunjukkan tahap pengambilan SB yang rendah dalam kalangan remaja Malaysia, dengan hanya 7.2% dan 13.6% mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur atau dua hidangan buah setiap hari. Etnik (χ²=15.689, p=0.002) dan tahap pendidikan ibu (χ²=5.735, p=0.044) mempunyai perkaitan signifikan dengan pengambilan sayur, manakala pengambilan buah telah dikaitkan dengan faktor umur (χ²=9.395, p=0.024), etnik (χ²=14.766, p=0.004), kawasan (χ²=10.391, p=0.034) dan lokasi (χ²=6.585, p=0.01). Kebarangkalian pengambilan sayur didapati meningkat dengan efikasi kendiri yang tinggi (OR=1.419, p=0.034), tabiat positif (OR=1.832, p=0.004) dan pemodelan rakan sebaya yang baik (OR=1.576, p<0.001) manakala kebarangkalian pengambilan buah meningkat dengan tabiat positif (OR=1.708, p<0.001) dan ketersediaan di sekolah (OR=1.210, p=0.028). Menariknya, kajian ini mendapati bahawa galakan ibu bapa (OR=0.646, p=0.022), yang ditafsirkan secara negatif kerana dianggap bertentangan dengan keperluan autonomi remaja, boleh menurunkan kebarangkalian pengambilan sayur. Dapatan ini menekankan kepentingan kajian lanjutan terhadap dinamik antara hubungan ibu bapa dan anak dengan tingkah laku pemakanan. Kajian ini mengesahkan bahawa pengambilan SB dalam kalangan remaja Malaysia masih rendah, dengan faktor psikososial dan persekitaran sekolah memainkan peranan penting sebagai penentu tingkah laku pengambilan SB. Oleh itu, pembangunan intervensi berasaskan bukti perlu memberi penekanan kepada pengukuhan efikasi kendiri, pembentukan tabiat pemakanan sihat, pengaruh rakan sebaya serta ketersediaan SB di persekitaran sekolah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsTerhad/Restricteden_US
dc.subjectFeeding Behavioren_US
dc.subjectAdolescenten_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleFaktor pendorong dan penghalang yang mempengaruhi tingkah laku pengambilan sayur dan buah dalam kalangan remaja berusiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages214en_US
dc.format.degreeSarjana Sains Kesihatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor pendorong dan penghalang yang mempengaruhi tingkah.pdf
  Restricted Access
Full-text4.53 MBAdobe PDFView/Open
(TERHAD) Faktor pendorong dan penghalang yang mempengaruhi tingkah.pdfPartial4.1 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.