Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784835Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Chong Shin, Prof Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Karim Harun, Prof Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Mohd khaidir Abdul Wahab | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-09-22T07:28:23Z | - |
| dc.date.available | 2026-09-22T07:28:23Z | - |
| dc.date.issued | 2026-05-08 | - |
| dc.identifier.other | P129839 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784835 | - |
| dc.description.abstract | Masyarakat Banjar diaspora di mukim Bagan Serai berada dalam ekologi linguistik yang rencam, dicirikan oleh kewujudan dan interaksi pelbagai bahasa, termasuk bahasa Banjar, bahasa Melayu standard dan dialek Melayu Kedah. Dalam konteks perubahan mobiliti, pendidikan dan interaksi sosial yang pelbagai, timbul persoalan tentang kedudukan semasa bahasa Banjar sebagai alat komunikasi dan penanda identiti. Kajian ini meneliti pilihan bahasa dalam kalangan masyarakat Banjar diaspora di mukim Bagan Serai, Kerian, Perak menggunakan kerangka pilihan bahasa dan domain Fishman (1972) serta Skala Gangguan antara Generasi Bergred Diperluas (Expanded Graded Intergenerational Disruption Scale atau EGIDS) oleh Lewis dan Simons (2010). Dari segi reka bentuk, kajian ini menggunakan pendekatan exploratory sequential mixed methods yang menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif secara berperingkat. Fasa kualitatif melibatkan rakaman tidak sedar yang dilaksanakan dalam tiga pusingan merentasi enam domain, iaitu keluarga, persahabatan, jual beli, pekerjaan, pendidikan dan keagamaan. Selain itu, kajian ini melibatkan temu bual separa berstruktur serta analisis kandungan untuk memperkukuh dapatan kualitatif. Fasa kuantitatif pula dilaksanakan melalui kaedah soal selidik bagi menilai dan mengesahkan pola dapatan yang diperoleh daripada fasa kualitatif. Triangulasi data menunjukkan bahawa bahasa Melayu standard dan dialek Melayu Kedah mendominasi domain rasmi dan awam, manakala bahasa Banjar masih kekal terutama dalam interaksi sesama etnik dan amalan tradisi. Namun begitu, fungsi bahasa Banjar ini mengecil dan lebih bersifat simbolik, terutama dalam kalangan generasi muda. Peralihan ini dipengaruhi antaranya oleh jurang generasi dan transmisi keluarga yang lemah, perkahwinan campur, norma institusi pendidikan dan pekerjaan yang menuntut bahasa Melayu, akomodasi linguistik untuk keberkesanan komunikasi serta persepsi prestij dan praktikaliti terhadap bahasa dominan. Berdasarkan penilaian EGIDS, kedudukan bahasa Banjar di mukim ini terletak antara Tahap 7–8a (beralih–hampir pupus). Usaha pemulihan wajar ditumpukan pada penggunaan di rumah (domain keluarga), sokongan pendidikan tidak formal di madrasah, masjid dan sekolah setempat, serta dokumentasi bahan lisan secara teratur. Tanpa langkah terancang, bahasa Banjar terdedah kepada risiko merosot ke tahap lebih kritikal; dengan kerjasama keluarga, institusi setempat dan dasar pada peringkat daerah, bahasa ini masih berpotensi untuk kembali menjadi medium komunikasi harian. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM Bangi | en_US |
| dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | en_US |
| dc.subject | bahasa pilihan | en_US |
| dc.subject | sosiolinguistik masyarakat banjar | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertation | en_US |
| dc.subject | Dissertations Academic-- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Bahasa Banjar | en_US |
| dc.subject | Bagan Serai | en_US |
| dc.title | Pilihan dan peralihan bahasa diaspora masyarakat Banjar di mukim Bagan Serai daerah Kerian, Perak | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 437 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| P129839 Full Thesis Mohd Khaidir Abdul Wahab [TESISPTSL] borang baru.pdf | Full text | 265.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.