Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784830
Title: Pengekspresan anaplastik limfoma kinase dalam neuroblastoma
Authors: Nur Atiqah Roshidi.
Supervisor: Reena Rahayu Md Zin, Prof Madya. Dr.
Keywords: Pathology
Anaplastic Lymphoma Kinase
Dissertations, Academic as Topic
INDAMET
Issue Date: 15-Aug-2019
Abstract: Neuroblastik tumor merangkumi sejenis tumor pepejal yang bersifat heterogenes yang mempunyai kecenderungan untuk bertukar dari peringkat malignan untuk peringkat benigna. Anaplastik Limfoma Kinase (ALK) baru-baru ini telah dikenal pasti sebagai onkogen utama dalam perkembangan neuroblastoma terutama pada neuroblastoma sporadik dan neuroblastoma keturunan. Kajian bertujuan adalah untuk menentukan korelasi antara pengekspresan protein ALK dan aberasi genetik dengan faktor-faktor prognostik dalam neuroblastoma. Kajian retrospektif telah dijalankan dengan menggunakan blok tisu parafin arkib kes yang telah didiagnosis dengan neuroblastoma dan sampel telah diambil dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur dari tahun 2002 hingga 2013. Teknik immunohistokimia (IHC) dan penghibridan in situ berfluoresen (FISH) ALK telah dilakukan ke atas 47 kes neuroblastoma. Hubungkait antara pengekspresan gen ALK dan alterasi genetik ALK dengan neuroblastoma serta parameter klinikopatologikal dianalisis menggunakan ujian ―chi-square‖. Sebanyak 11/50 kes (23.4%) adalah positif untuk pengekspresan protin ALK dan 22/47 (46.8%) adalah kes adalah positif untuk perubahan genetik ALK. Selain itu, terdapat korelasi signifikan antara pengekspresan protein ALK dan aberasi genetik ALK (p=0.044) yang menunjukkan hubungkait dan juga dengan tahap pengredan rendah neuroblastoma (p=0.015). Walau bagaimanapun, tiada hubungan yang signifikan antara pengekspresan protein ALK dengan umur (0.793), status MKI (0.147), dan jenis subtaip (0.73). Penemuan dalam kajian kami menekankan peranan menyasarkan potensi gen ALK dalam neuroblastoma dengan menggunakan teknik IHC ALK dan FISH ALK sebagai ujian saringan untuk mengesan perubahan gen ALK dalam neuroblastoma.
Pages: 121
Call Number: QZ20.5.N974p 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784830
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengekspresan anaplastik limfoma kinase dalam neuroblastoma.pdfFull-text1.73 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.