Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784770
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar AksesTerbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorNorazuwana Shaari, Dren_US
dc.contributor.advisorLoh Kee Shyuan, Prof. ChM. Ts. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohamad Azuwa Mohamed, ChM. Dr.en_US
dc.contributor.advisorSiti Kartom Kamarudin, Prof. Ir. Dr.en_US
dc.contributor.advisorRoshasnorlyza Hazan, Dr.en_US
dc.contributor.authorYusra Nadzirah Yusoffen_US
dc.date.accessioned2026-09-08T03:50:28Z-
dc.date.available2026-09-08T03:50:28Z-
dc.date.issued2026-07-31-
dc.identifier.otherP118563en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784770-
dc.descriptionPartialen_US
dc.description.abstractSel Fuel Metanol Langsung (DMFC) semakin mendapat perhatian sebagai teknologi tenaga hijau terutamanya bagi aplikasi peranti elektronik mudah alih. Dalam sistem ini, membran pertukaran proton (PEM) memainkan peranan sebagai komponen teras bagi menjamin kecekapan operasi sel. Seperti yang diketahui, membran Nafion dominan digunakan dalam aplikasi DMFC, akan tetapi kekangan membran ini terhadap faktor kos dan isu kebolehtelapan metanol telah membawa kepada penggunaan biomembran berasaskan natrium alginat (SA) sebagai alternatif. Namun, sifat hidrofilik melampau dan kekonduksian proton rendah pada biomembran SA tulen menjadi penghalang utama kepada kecekapan aplikasi DMFC. Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan biomembran komposit berasaskan SA melalui kaedah tuangan larutan. Metodologi dimulakan dengan proses taut silang secara luaran antara biomembran SA dan agen glutaraldehid (GA), di mana kepekatan GA divariasikan antara 5% hingga 25% bagi menilai kesan ketumpatan taut silang terhadap struktur biomembran. Seterusnya, pengisi grafitik karbon nitrida bersulfonat (SgCN) disintesis melalui kaedah polikondensasi terma, diikuti dengan proses protonasi dan sulfonasi menggunakan pelopor butana sulton bagi memperkenalkan kumpulan asid sulfonik (-SO3H) sebagai tapak aktif pengangkutan proton. Bahan SgCN ini kemudiannya ditambah sebagai pengisi bukan organik ke dalam matriks SA (dengan kepekatan kawalan terbaik iaitu 15% GA) dengan perbezaan berat muatan antara 0.5 bt.% hingga 2.5 bt.%. Prestasi biomembran komposit dalam sistem pasif sel tunggal DMFC kemudiannya diuji menggunakan kepekatan fuel metanol yang berbeza (1 M hingga 5 M) melalui penilaian voltan litar terbuka (OCV) dan ketumpatan kuasa. Hasil kajian membuktikan bahawa proses taut silang berjaya mengurangkan sifat hidrofilik dan penyerapan air berlebihan pada biomembran SA melalui pembentukan ikatan asetal antara kumpulan aldehid GA dan hidroksil SA. Penggunaan 15% GA didapati optimum di mana nilai peratus pengambilan air dan nisbah pembengkakan masing-masing berkurang kepada 83.7% dan 75.6%. Biomembran SA dengan 15% GA mempamerkan nilai kekonduksian proton tertinggi iaitu 3.01 mS cm-1 dan kebolehtelapan metanol sebanyak 4.42 x 10-6 cm2 s-1. Selain itu, kestabilan mekanikal meningkat daripada 19 MPa kepada 36 MPa disebabkan oleh pembentukan rangkaian silang yang lebih padat. Dengan penambahan pengisi SgCN sebanyak 2 bt.% telah berjaya meningkatkan kekonduksian proton kepada 4.0 mS cm-1 dan kapasiti pertukaran ion sebanyak 0.86 mequiv g-1. Peningkatan ini disebabkan oleh pembentukan laluan pengangkutan proton tambahan melalui interaksi kumpulan berfungsi -SO3H dan -COOH. Nilai kebolehtelapan metanol juga berkurang kepada 1.178 x 10-6 cm2 s-1 disebabkan oleh kesan laluan berliku daripada helaian SgCN. Sifat mekanikal bagi biomembran komposit ini juga meningkat sehingga 66 MPa, membuktikan kestabilan struktur biomembran bagi aplikasi DMFC. Sampel biomembran komposit terbaik dianalisis untuk sel tunggal DMFC pasif dengan perolehan ketumpatan kuasa 4.34 mW cm-2 menggunakan 2 M fuel metanol. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa kehadiran pengisi SgCN membantu dalam peningkatan kekonduksian proton, kestabilan mekanikal dan ketumpatan kuasa bagi aplikasi DMFC.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFuel Cell Institute / Institut Sel Fuelen_US
dc.rightsTerhad/Restricteden_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectDirect methanol fuel cellsen_US
dc.subjectFuel cellsen_US
dc.titlePencirian dan penilaian prestasi biomembran komposit berasaskan natrium alginat/grafitik karbon nitrida bersulfonat (SA/SgCN) untuk aplikasi sel fuel metanol langsungen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages223en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.