Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784533
Title: Impak modal sosial terhadap kesejahteraan ekonomi isi rumah: peranan literasi keusahawanan, literasi kewangan, dan literasi digital
Authors: Putra Hilmi Prayitno
Supervisor: Sheerad Sahid, Prof. Madya Dr.
Muhammad Hussin, Prof. Datuk. Dr.
Keywords: Social capital (Sociology) -- Economic aspects
Households -- Economic conditions
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Aug-2025
Abstract: Kerapuhan ekonomi dan kemiskinan isi rumah kekal sebagai isu utama dalam usaha mencapai kesejahteraan sosial dan ekonomi. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model kesejahteraan ekonomi isi rumah dengan menilai peranan modal sosial serta pengaruh literasi keusahawanan, literasi kewangan, dan literasi digital sebagai pemboleh ubah pengantara. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan teknik Structural Equation Modeling Partial Least Squares (SEM PLS), melibatkan data tinjauan daripada isi rumah di Jawa Timur melalui pensampelan rawak mudah. Dapatan menunjukkan bahawa modal sosial mempunyai kesan yang signifikan terhadap kesejahteraan ekonomi isi rumah (p < 0.050), dan secara tidak langsung melalui literasi keusahawanan (p < 0.050), literasi kewangan (p < 0.050), serta literasi digital (p < 0.050). Kesemua pemboleh ubah pengantara memainkan peranan penting dalam menghubungkan modal sosial dengan kesejahteraan isi rumah. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pengukuhan jaringan sosial, pengetahuan keusahawanan, kemahiran kewangan dan keupayaan digital adalah strategi penting dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Kajian ini mencadangkan intervensi berbasis komuniti dan dasar-dasar literasi ekonomi untuk memperkukuhkan ketahanan isi rumah terhadap ketidaktentuan ekonomi, serta menjadi rujukan dasar di wilayah serantau. Kajian ini merumuskan bahawa modal sosial mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kesejahteraan ekonomi isi rumah, secara langsung dan tidak langsung melalui literasi keusahawanan, literasi kewangan, dan literasi digital sebagai mediator. Penemuan ini mengesahkan bahawa hubungan sosial yang kukuh, penyertaan masyarakat dan kepercayaan sosial boleh meningkatkan kapasiti isi rumah untuk mengurus perniagaan, kewangan dan teknologi dengan lebih berkesan, sekali gus mengukuhkan pemerkasaan ekonomi.
Pages: 410
Call Number: HM708.P838 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784533
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Impak modal sosial terhadap kesejahteraan ekonomi isi rumah peranan literasi keusahawanan literasi kewangan dan literasi digital.pdf
  Restricted Access
Full-text141.24 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.