Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784529
Title: Ketahanan diri pelajar berbakat sukan di Malaysia semasa pandemik Covid-19: peranan sokongan sosial, regulasi kendiri emosi dan kekuatan dalaman
Authors: Tuan Zahrah Tuan Mat
Supervisor: Khairul Farhah Khairuddin, Dr.
Keywords: High school athletes -- Malaysia
High school athletes -- Education -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Sep-2025
Abstract: Krisis seperti pandemik COVID-19 menyebabkan populasi pelajar berbakat sukan menghadapi pelbagai cabaran dalam pengembangan bakat sukan. Usaha untuk mengukuhkan resiliensi atau ketahanan diri mungkin sukar untuk direalisasikan sekiranya faktor seperti sokongan sosial, regulasi kendiri emosi dan kekuatan dalaman tidak ditingkatkan. Justeru, kajian kaedah gabungan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan sokongan sosial, regulasi kendiri emosi dan kekuatan dalaman dengan ketahanan diri pelajar berbakat sukan di Malaysia semasa penularan wabak COVID-19. Kajian ini juga turut mengenal pasti kesan gender bagi keempat-empat pemboleh ubah yang terlibat, dan elemen utama yang lebih menyumbang kepada ketahanan diri pelajar berbakat sukan di Malaysia. Data dikumpulkan menggunakan kajian kuantitatif dan kajian kualitatif berdasarkan reka bentuk urutan penjelasan (sequential explanatory design) melibatkan dua fasa. Fasa kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dan melibatkan 457 orang sampel kajian yang dipilih secara persampelan rawak berstrata berkadar (proportionate stratified random sampling) dan rawak mudah. Dapatan fasa kuantitatif digunakan dalam pengumpulan data fasa kualitatif yang melibatkan temu bual separa berstruktur bersama enam orang peserta kajian. Data kuantitatif dianalisis menggunakan SPSS v27 bagi menjawab persoalan kajian satu hingga empat melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan kesemua pemboleh ubah kajian berada pada tahap yang sederhana dengan ketahanan diri (min=3.11, s.p=0.33), sokongan sosial (min=3.09, s.p=0.41), regulasi kendiri emosi (min=3.09, s.p=0.34) dan kekuatan dalaman (min=3.09, s.p=0.35). Perbandingan tahap sokongan sosial, regulasi kendiri emosi, kekuatan dalaman dan ketahanan diri menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, kecuali sokongan sosial. Analisis regresi mendapati kesemua pemboleh ubah peramal merupakan faktor penyumbang dengan sokongan sosial sebanyak 46.1%, regulasi kendiri emosi sebanyak 48.4% dan kekuatan dalaman memberi sumbangan sebanyak 50.1%. Seterusnya, transkripsi temu bual dalam pengumpulan data fasa kualitatif dianalisis secara tematik bagi memahami dengan lebih mendalam faktor yang meningkatkan ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19. Dapatan daripada temu bual mendapati ketiga-tiga faktor sememangnya meningkatkan lagi ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19 dengan mengekalkan kekuatan dalaman merupakan faktor lebih penting. Kajian ini menyokong kepentingan ketahanan diri dalam perkembangan dan kebolehan terbina bakat sukan superior, dan cabaran semasa seperti pandemik COVID-19. Kajian ini juga memberi implikasi kepada teori, konteks dan praktikal, serta amalan pendidikan. Kajian lanjutan yang dicadangkan ialah peluasan konteks kajian, pengujian pemboleh ubah tidak bersandar yang lain, dan kepelbagaian reka bentuk kajian instrumen serta analisis.
Pages: 312
Call Number: GV351.5.M4T833 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784529
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.