Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784527
Title: Pembangunan model pengajaran responsif budaya bagi pendidikan pemulihan di sekolah rendah
Authors: Salehuddin Al As Anuas
Supervisor: Nurfaradilla Mohamad Nasri, Prof. Madya Dr.
Mohd Norazmi Nordin, Dr.
Aliza Alias, Dr.
Keywords: Culturally relevant pedagogy -- Malaysia
Multicultural education -- Methodology.
Remedial teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Aug-2025
Abstract: Kajian ini bertujuan membangunkan Model Pengajaran Responsif Budaya, khususnya pada peringkat sekolah rendah, bagi Pendidikan Pemulihan. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan yang merangkumi tiga fasa termasuklah fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan fasa penilaian. Fasa analisis keperluan bertujuan mengenal pasti keperluan dalam membangunkan model pengajaran tersebut. Dalam fasa ini, kaedah tinjauan soal selidik telah diguna pakai terhadap 278 orang guru pemulihan sekolah rendah bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model pengajaran. Fasa reka bentuk dan pembangunan pula bertujuan membangunkan kandungan model pengajaran yang terdiri daripada komponen dan dimensi. Fasa tersebut mengguna pakai kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) yang melibatkan panel pakar. Pelaksanaan fasa reka bentuk dan pembangunan dilaksanakan secara dua pusingan, iaitu pusingan pertama melibatkan temu bual terhadap 10 orang panel pakar untuk mengenal pasti kandungan model pengajaran. Sementara itu, pusingan kedua melibatkan 30 orang panel pakar bagi menentukan persetujuan dan kesepakatan terhadap kandungan model pengajaran. Fasa penilaian seterusnya bertujuan menilai kebolehgunaan pembangunan prototaip model pengajaran. Dalam fasa ini, kaedah tinjauan soal selidik menggunakan pendekatan analisis Structural Equation Modeling (SEM) yang melibatkan 267 orang guru pemulihan di sekolah rendah, dengan tujuan menilai kebolehgunaan dan kesepadanan kandungan model pengajaran tersebut. Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan wujud kesan pengajaran literasi bahasa berasaskan budaya sedia ada tertumpu terhadap aspek sosialisasi budaya murid, sokongan interaksi, kecekapan budaya murid, dan penerimaan kepelbagaian kaedah pengajaran ketika sesi pembelajaran. Dapatan turut mengenal pasti cabaran terhadap pelaksanaan pengajaran literasi bahasa berasaskan budaya sedia ada meliputi kekurangan sumber bahan pengajaran, kandungan kurikulum yang kurang tertumpu terhadap aspek budaya, keterbatasan pengetahuan guru berkaitan pengajaran berasaskan budaya, dan kekangan masa penyediaan dan pelaksanaan pengajaran. Dapatan juga mengesahkan terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran responsif budaya bagi Pendidikan Pemulihan. Dapatan fasa reka bentuk dan pembangunan telah membangunkan kerangka awal kandungan model pengajaran dan memperoleh kesepakatan terhadap kandungan model pengajaran responsif budaya bagi Pendidikan Pemulihan yang merangkumi enam komponen dan 27 dimensi. Dapatan fasa penilaian menunjukkan terdapat persetujuan guru pemulihan terhadap kebolehgunaan prototaip model pengajaran responsif budaya bagi Pendidikan Pemulihan. Dapatan menunjukkan semua komponen dan dimensi model pengajaran adalah sah, dipercayai dan sepadan dengan data penilaian kebolehgunaan. Keseluruhannya, satu model pengajaran responsif budaya bagi Pendidikan Pemulihan telah dihasilkan yang mengetengahkan enam komponen utama, iaitu (i) kompetensi profesional guru, (ii) interaksi, (iii) ekosistem bilik darjah, (iv) kemahiran perancangan dan pelaksanaan pengajaran, (v) pentaksiran, dan (vi) penglibatan sokongan sosial. Pendekatan pengajaran berasakan budaya sedia ada bagi Pendidikan Pemulihan di sekolah rendah dilaksanakan dengan mengadaptasi tema-tema kebudayaan khususnya budaya masyarakat tertentu di Malaysia. Manakala, model pengajaran ini memberikan implikasi yang signifikan kepada guru pemulihan sebagai satu panduan yang berbentuk strategi pengajaran literasi bahasa bagi Pendidikan Pemulihan yang mengasimilasikan budaya serta latar belakang murid yang pelbagai.
Pages: 543
Call Number: LC1099.5.M4S235 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784527
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan model pengajaran responsive budaya bagi pendidikan pemulihan di sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Partial47.56 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.