Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784520| Title: | Pengaruh pengamalan al-falah terhadap pembentukan konsep kendiri dalam kalangan mahasiswa |
| Authors: | Nurul Ainie Nawawi |
| Supervisor: | Siti Jamiaah Abdul Jalil, Dr. |
| Keywords: | Muslim youth -- Religious life Muslim students -- Malaysia -- Religious life Muslim youth -- Conduct of life Personality -- Religious aspects -- Islam Spiritual life -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 7-Aug-2025 |
| Abstract: | Kajian ini meneliti pengamalan konsep al-falāḥ dalam pembentukan konsep kendiri mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Al-falāḥ, yang bermaksud kejayaan dan kesejahteraan yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi dalam Islam, merupakan prinsip penting yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan individu Muslim. Dalam konteks mahasiswa, pengamalan al-falāḥ dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan seramai 220 orang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Instrumen soal selidik yang merangkumi skala pengamalan al- falāḥ dan skala konsep kendiri telah digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS untuk menguji hubungan dan pengaruh antara pengamalan al-falāḥ dan konsep kendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengamalan al-falāḥ dengan konsep kendiri mahasiswa. Pengamalan yang konsisten terhadap prinsip-prinsip al-falāḥ seperti beriman, solat, kejujuran, keikhlasan, tanggungjawab diri dn lain-lain didapati menyumbang kepada pembentukan konsep kendiri yang lebih positif. Mahasiswa yang mengamalkan al-falāḥ cenderung untuk mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi, pandangan hidup yang lebih optimis, dan keupayaan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran akademik dan peribadi. Kesimpulannya, pengamalan al-falāḥ mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembentukan konsep kendiri yang positif dalam kalangan mahasiswa. Diharapkan kajian ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan, khususnya dalam pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mental mahasiswa. Cadangan untuk kajian lanjut juga dikemukakan bagi meneroka lebih mendalam aspek-aspek lain yang berkaitan dengan al-falāḥ dan kesejahteraan mahasiswa |
| Pages: | 268 |
| Call Number: | BP188.18.Y68N877 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784520 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pengamalan Al Falaḥ dalam pembentukan konsep kendiri mahasiswa.pdf Restricted Access | Full-text | 7.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.