Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784517
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorZaini Nasohah, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNursyakirah Hazbanen_US
dc.date.accessioned2026-08-20T02:24:02Z-
dc.date.available2026-08-20T02:24:02Z-
dc.date.issued2025-08-19-
dc.identifier.otherP98343en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784517-
dc.description.abstractPemantauan dan penguatkuasaan halal di premis makanan berdasarkan peruntukan undang-undang semasa adalah sebagai langkah mengatasi isu permasalahan halal yang timbul dalam kalangan masyarakat pengguna dan pemain industri. Pelaksanaan terhadap pemantauan dan penguatkuasaan halal dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dengan sokongan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Matlamat pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan halal dan garis panduan melalui piawaian dan standard pensijilan halal adalah untuk mencapai visi dan misi yang digariskan. Namun demikian, senario pada masa kini memperlihatkan bahawa isu-isu berhubung status halal melibatkan premis makanan antaranya kes-kes perilaku eksploitasi kepenggunaan, penyelewengan dan pemalsuan logo, sijil dan status halal, penggunaan sijil halal tamat tempoh serta sebarang bentuk representasi yang menyalahi peruntukan undang-undang pensijilan halal masih berlaku secara berterusan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kerangka pengawalan undang-undang dalam pensijilan halal industri makanan, menilai bidang kuasa dan prosedur perundangan serta menganalisis cabaran yang dihadapi oleh badan penguat kuasa dalam pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang status halal di premis makanan sebagaimana peruntukan APD 2011 sebagai undang-undang induk dan standard prosedur berkaitan halal yang ditetapkan. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur dalam pengumpulan data. 6 orang informan yang terdiri daripada pegawai JAKIM, KPDN dan KKM telah dipilih bagi melengkapkan data berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan halal. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, kaedah deduktif dan kaedah tematik. Perisian Atlas.ti versi 9 digunakan bagi penyusunan data analisis tematik dalam kajian. Hasil kajian ini mengenal pasti 16 cabaran dalam pemantauan dan penguatkuasaan status halal yang diklasifikasikan kepada empat kluster tema utama iaitu berhubung kait dengan pihak kerajaan, pegawai penguat kuasa, pemain industri halal dan pengguna. Kategori tema cabaran yang terbentuk merangkumi aspek pengurusan sumber manusia, perundangan, peranan dan bidang kuasa pegawai berautoriti, pengendalian operasi kes halal, amalan pelaksanaan pematuhan halal oleh pihak industri serta persepsi dan kefahaman pengguna terhadap isu halal di premis makanan. Implikasi kajian ini dapat menyumbang kepada pihak yang berautoriti berkaitan sektor hal ehwal halal di Malaysia untuk memperkukuhkan jaminan terhadap integriti dan kredibiliti pengurusan halal serta memantapkan sistem pemantauan dan penguatkuasaan halal yang dilaksanakan secara lebih efektif. Kajian ini turut memberi sumbangan pengetahuan kepada masyarakat sebagai pengguna terutama pemain industri berkaitan pemahaman garis panduan dan kerangka perundangan dalam pengamalan dan pematuhan undang- undang industri halalen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectHalal food industry -- Malaysiaen_US
dc.subjectFood industry and trade -- Malaysiaen_US
dc.subjectFood law and legislation -- Malaysiaen_US
dc.subjectFood industry and trade -- Quality controlen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePemantauan dan penguatkuasaan status halal di premis makanan berdasarkan undang-undang di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.format.pages255en_US
dc.identifier.callnoHD9334.M42N879 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007840en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Syariah)en_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemantauan dan penguatkuasaan status halal di premis makanan berdasarkan undang undang di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.08 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.