Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784516
Title: Pelan Rangka Modul Integrasi Psikospiritual Pendekatan Bahasa Arab Qurani untuk Pendidikan Pemulihan Sahsiah Pesalah Juvana
Authors: Wan Azman Wan Mohammad
Supervisor: Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Dr.
Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Psychotherapy -- Religious aspects -- Islam
Spiritual healing -- Islam
Juvenile delinquents -- Rehabilitation -- Malaysia -- Melaka
Healing -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Aug-2025
Abstract: Pendidikan bahasa Arab Qurani yang memfokuskan kepada aspek spiritual merupakan salah satu kaedah untuk mendekatkan diri individu kepada ketuhanan. Kesejahteraan spiritual individu membentuk gaya pemikiran, personaliti dan tingkah laku yang positif dan seimbang. Sekolah Henry Gurney Telok Mas merupakan Pusat Pemulihan Juvana pertama yang mengajarkan bahasa Arab sebagai salah satu subjek pemulihan. Walau bagaimanapun, kurikulum bahasa Arab yang digunakan ini tidak memenuhi keperluan pemulihan sahsiah juvana. Untuk menyokong pendidikan pemulihan juvana menerusi pembelajaran bahasa Arab, kajian berinisiatif untuk membangunkan Pelan Rangka Modul Integrasi Psikospiritual Pendekatan Bahasa Arab Qurani untuk Pendidikan Pemulihan Sahsiah Pesalah Juvana. Kajian Pembangunan ini dilaksanakan dengan mengadaptasi tiga fasa ADDIE, iaitu analisis keperluan, dan reka bentuk. Kajian dilaksanakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas dengan melibatkan pendekatan temu bual separa berstruktur dalam fasa analisis, perbincangan kumpulan berfokus dalam fasa reka bentuk, serta kaedah penilaian Fuzzy Delphi dalam fasa pembangunan. Hasil kajian membangunkan pelan rangka modul yang berteraskan pendekatan bahasa Arab Qurani dalam pendidikan nilai spiritual. Modul ini memberi penekanan kepada nilai- nilai seperti syukur, sabar, tawakal, takut (khawf), dan pengharapan (raja’), yang dipelajari melalui lima pendekatan utama: i) tilawah (penghayatan bacaan), ii) tadabbur (pemahaman), iii) tafakkur (penghayatan mesej), iv) taswir (penggambaran), dan v) tatbiq (pembudayaan). Modul ini digubal dalam dua peringkat pelaksanaan, iaitu peringkat pembangunan teras dan peringkat pembelajaran serta amali. Kajian ini secara langsung memperkenalkan kaedah integrasi psikospiritual bahasa Arab Qurani sebagai alternatif baharu dalam kurikulum pemulihan sahsiah juvana
Pages: 254
Call Number: BP134.P747W36 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784516
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelan rangka modul integrasi psikospiritual pendekatan bahasa Arab Qurani untuk pendidikan pemulihan sahsiah pesalah juvana.pdf
  Restricted Access
Full-text2.35 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.