Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784451
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShalimar Abdullah, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAmaramalar Selvi Naicker, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorRuszymah Idrus, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorAngela Ng Min Hui, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Hidayah Hassanen_US
dc.date.accessioned2026-08-17T03:39:03Z-
dc.date.available2026-08-17T03:39:03Z-
dc.date.issued2012-09-01-
dc.identifier.otherP45925en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784451-
dc.description.abstractPenyambungan saraf yang terputus menggunakan saraf penderma autologous adalah rawatan piawai untuk pesakit yang mengalami kecederaan saraf periferi. Namun, rawatan yang digunakan ini mempunyai kelemahan seperti perbezaan saiz saraf penderma dengan saraf penerima, memerlukan pembedahan kedua untuk memperolehi saraf penderma dan risiko neuroma di kawasan pembedahan kedua. Untuk mengatasi masalah tersebut, kajian ini dijalankan untuk menjana saraf gantian melalui teknik kejuruteraan tisu menggunakan sel stem mesenkima daripada sum-sum tulang manusia. Sel stem mesenkima (MSCs) manusia diperolehi daripada lebihan sum-sum tulang pesakit yang menjalani pembedahan tulang yang patah. MSCs dikultur dalam media a-Minimum Essential (a-MEM) sebelum diaruh menjadi sel saraf. Analisa immunositokimia dan aliran sitometri mengesahkan kejayaan proses diferensiasi MSCs kepada sel saraf. Sel yang telah menjalani proses diferensiasi ini turut mengekalkan profil kitaran sel normal. Salur vena dan tisu otot ternyah sel digunakan sebagai bahan kerangka yang menyerupai struktur saraf normal. Bagi menghasilkan konstruk saraf yang hidup, sel MSCs yang diaruh kepada fenotip sel saraf disemai ke atas tisu otot semalaman dan dipadatkan ke dalam salur vena pada keesokkan harinya. Konstruk saraf yang dihasilkan akan diinkubasi dalam media a-MEM selama 3 hari untuk analisa in vitro dan diimplantasi pada mencit athymik untuk analisa in vivo. Kontruk saraf di kedua-dua peringkat in vitro dan in vivo menunjukkan kadar proliferasi sel yang baik. Analisa histologi pada minggu kedua menunjukkan tisu otot mula mengalami proses degradasi dan perlahan-lahan diganti dengan matrik luar sel yang dihasilkan oleh sel yang disemai. Selepas lapan minggu implantasi, kesemua tisu otot telah mengalami proses degradasi dan diganti sepenuhnya dengan matrik luar sel. Salur vena masih utuh walaupun selepas lapan minggu implantasi. Analisa struktur ultra menunjukkan sel yang disemai menghasilkan matrik luar sel dengan merembeskan vasikel matrik secara aktif. Kesimpulannya, tisu otot ternyah sel yang disemai dengan sel MSCs yang diaruh kepada fenotip sel saraf dan dipadatkan ke dalam salur vena menghasilkan konstruk saraf yang stabil dan berpotensi untuk menggantikan penggunaan saraf autologus di masa hadapan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsTerhad/Restricteden_US
dc.subjectMesenchymal Stem Cell Transplantationen_US
dc.subjectPeripheral Nerve Injuriesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenilaian dan penjanaan semula konduit saraf yang disemai dengan sel stem mesenkima sum-sum tulang yang diaruh kepada fenotip sel sarafen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"en_US
dc.format.pages97en_US
dc.identifier.callnoQU20.N9741p 2012en_US
dc.identifier.barcode00002111636en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.