Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784450
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.en_US
dc.contributor.authorEng Chee Hengen_US
dc.date.accessioned2026-08-17T03:33:24Z-
dc.date.available2026-08-17T03:33:24Z-
dc.date.issued2012-09-06-
dc.identifier.otherP50270en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784450-
dc.description.abstractVitamin E jenis tokotrienol dilaporkan mempunyai sifat hipokolesterolemik, anti- kanser dan perlindungan saraf yang berbeza daripada tokoferol dalam kajian in vitro dan ex vivo. Kajian mencadangkan tokotrienol berfungsi melalui kawalan ekspresi gen dan protein yang mungkin memodulasi kejadian penyakit. Namun, kajian suplementasi tokotrienol di kalangan manusia pada tahap molekular kurang dilakukan terutamanya pada manusia berbanding dengan tokoferol. Matlamat kajian ini adalah mengkaji kesan suplementasi TriR E tokotrienol pada ekspresi gen sel mononuklear darah periferi (PBMC) dan protein plasma manusia. Seramai 14 orang subjek wanita dibahagikan kepada dua kumpulan: 6 subjek muda umur 32+2 (3 penerima plasebo & 3 Tri® E) and 8 subjek lebih tua umur 52+2 (4 penerima plasebo & 4 Tri® E) pada dos 150 mg sehari. Darah berpuasa (15 ml) diambil pada 0, 3 dan 6 bulan. mRNA diekstrak daripada PBMC dan asai mikroatur dilakukan dengan GeneChip Human Gene 1.0 ST diikuti validasi melalui qRT-PCR. Analisis statistik dengan p<0.05, FDR<0.05 dan ganda perubahan >1.5 dikira signifikan. Hasil kajian menunjukkan 102 gen (321 dan 701) dan 282 gen (781 dan 2041) mengalami perubahan ekspresi pada kumpulan subjek muda selepas 3 dan 6 bulan pengambilan Tri E masing-masing. Gen yang mengalami penurunan signifikan di kalangan subjek muda terlibat dalam fungsi penyekatan kitaran sel (GADD45A, GADD45B, ATM), apoptosis (TNF, PLEKHF1, BAK1), inflamasi (ICAM1, IER3, MIF), angiogenesis (S100A4), dan kolesterol homeostasis (DHCR7, SC5DL). Pada kumpulan subjek berumur, suplementasi TriR E menyebabkan 15 gen (41 dan 111) dan 523 gen (451 dan 4781) mengalami perubahan ekspresi selepas 3 dan 6 bulan. Gen yang mengalami penurunan termasuk sitokin (IL1A, CXCL2, CCL3, CCL4), apoptosis (TNF, PLEKHF1, BAKI, DDIT4), inflamasi (ICAM1, IER3, MIF), angiogenesis (S100A4, S100A9, S100A11), dan homeostasis kolesterol (SC5DL, DHCR7). Gen pengikat DNA (LRRFIP1) dan regulasi G protein (RGS18) mengalami peningkatan signifikan pada subjek muda dan berumur suplementasi Tri® E. Protein plasma telah dikaji menggunakan 2D-GE dan MALDI-TOF TOF menunjukkan 31 dan 6 (5† dan 1) protein mengalami perubahan ekspresi pada kumpulan subjek muda berbanding dengan 61 dan 8 (71 dan 1↓) protein pada subjek berumur selepas 3 dan 6 bulan suplementasi masing-masing. Protein dikenalpasti berkaitan homeostasis kolesterol (APO A1, APO E), inflamasi akut (CRP), respon imun (FHR1, FHR2), dan perencat protease (CBPN). Protein pengangkutan kolesterol APO A1 dan APO E didapati mengalami peningkatan manakala protein petanda inflamasi CRP menurun pada kedua-dua kumpulan. Penentuan vitamin E dengan HPLC menunjukkan peningkatan (p<0.05) pada kedua- dua kumpulan subjek suplementasi TriR E manakala tiada perubahan paras vitamin E pada plasebo. Kesimpulan, suplementasi TriR E memberi kesan perlindungan melalui perubahan ekspresi gen dan protein yang berkaitan anti-apoptosis, anti-inflamasi dan homeostasis kolesterol di mana tempoh dan umur didapati mempengaruhi respon terhadap suplementasi tokotrienol.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsTerhad/Restricteden_US
dc.subjectVitamin E -- therapeutic useen_US
dc.subjectTocotrienols -- therapeutic useen_US
dc.subjectLeukocytes, Mononuclearen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleSuplementasi tri E memodulasi eksperesi gen dan protein pada sel mononuklear darah periferi dan plasma di kalangan individu berbeza umuren_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana "en_US
dc.format.pages182en_US
dc.identifier.callnoQU20 .E57s 2012 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002210158en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.