Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784441
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Aini Abdul Hamid, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorWan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorAzni Rabuen_US
dc.date.accessioned2026-08-17T01:26:50Z-
dc.date.available2026-08-17T01:26:50Z-
dc.date.issued2010-05-18-
dc.identifier.otherP35571en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784441-
dc.description.abstractCara hidup sedentari dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan terhadap berlakunya pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan diabetis melitus di kalangan dewasa tua. Manakala, senaman pula dilaporkan dapat meningkatkan penghasilan radikal bebas yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan dalam status oksidatif. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan senaman Tai Chi jangkamasa panjang ke atas profil kardiovaskular dan status oksidatif di kalangan dewasa tua. Kajian kes kawalan ini telah dijalankan ke atas 200 individu sihat berumur 45 tahun ke atas, terdiri daripada kumpulan kawalan sedentari (n=100) dan individu yang telah melakukan senaman Tai Chi lebih dari 2 tahun (n=100). Profil kardiovaskular ditentukan melalui kadar denyutan jantung, tekanan darah dan profil lipid. Peroksidasi lipid dan glikosilasi diukur melalui penentuan aras malondialdehid (MDA) dan 'advanced glycosylation end product' (AGE) masing-masing manakala kerosakan oksidatif DNA ditentukan melalui pengasaian komet. Status antioksidatif dikaji dengan mengukur aktiviti enzim antioksidan superoksid dismutase (SOD), katalase (CAT), glutation peroksidase (GPX) dan kepekatan vitamin antioksidan A, C dan E. Profil kardiovaskular menunjukkan kadar denyutan jantung, tekanan darah sistol dan diastol yang lebih rendah (p< 0.05) dalam kumpulan Tai Chi. Kepekatan HDL dan nisbah HDL/kolesterol lebih tinggi dalam kumpulan Tai Chi (p<0.05), manakala tiada perubahan yang signifikan pada aras kolesterol, trigliserida dan LDL. Tiada perbezaan pada aras MDA, aras AGE dan peratus kerosakan oksidatif DNA dalam kumpulan Tai Chi berbanding kawalan. Walau bagaimanapun, enzim antioksidan SOD dan CAT adalah lebih tinggi secara signifikan dalam kumpulan Tai Chi berbanding sedentari (p<0.05), manakala enzim GPX pula adalah lebih rendah (p<0.05). Kepekatan vitamin A adalah lebih rendah manakala vitamin C lebih tinggi dalam kumpulan Tai Chi (p<0.05). Tiada perbezaan ditunjukkan dalam kepekatan vitamin E. Kesimpulannya, senaman Tai Chi jangkamasa panjang memperbaiki profil kardiovaskular dengan meningkatkan HDL dan menurunkan kadar denyutan nadi dan mengurangkan tekanan oksidatif dengan merangsang penyesuaian enzim dan vitamin antioksidan dalam tubuh badan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsTerhad/Restricteden_US
dc.subjectTai Ji -- adverse effectsen_US
dc.subjectExercise Movement Techniquesen_US
dc.subjectCardiovascular Systemen_US
dc.subjectFrail Elderlyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan senaman tai chi jangkamasa panjang ke atas profil kardiovaskular dan status oksidatif di kalangan dewasa tuaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"en_US
dc.format.pages102en_US
dc.identifier.callnoQU20.A991k 2010 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002205573en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.