Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784435Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Mohd Ikbal Mohd Huda, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | D. Ravichandran K. Dhakshinamoorthy, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Hoo Chiew Ping, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Shahrizal Sa'ad | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-08-14T09:06:17Z | - |
| dc.date.available | 2026-08-14T09:06:17Z | - |
| dc.date.issued | 2025-02-28 | - |
| dc.identifier.other | P112665 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784435 | - |
| dc.description.abstract | Kajian ini adalah mengenai kerjasama keselamatan sempadan antara Malaysia dan Indonesia melalui kerangka GBC Malindo yang telah ditubuhkan sejak tahun 1972 melalui SA1972. Wujud keraguan tentang keberkesanan kerjasama keselamatan GBC Malindo dalam meningkatkan keselamatan sempadan Malaysia-Indonesia. Oleh itu, kajian mengetengahkan empat objektif iaitu (i) mengkaji permasalahan dalam GBC Malindo yang selepas diwujudkan lebih 50 tahun yang lalu masih tidak dapat meningkatkan keselamatan sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia; (ii) mengkaji sama ada faktor kepentingan nasional menghadkan kerjasama dalam GBC Malindo; (iii) menganalisis sejauh mana jurang tadbir urus dan jurang keupayaan antara negara menghalang pelaksanaan program dan aktiviti dalam GBC Malindo; dan (iv) menganalisis bagaimana faktor politik dan komuniti di sempadan mempengaruhi pelaksanaan pendekatan dan strategi di bawah GBC Malindo. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memperoleh data primer melalui temu bual berstruktur melibatkan 19 informan utama dari Malaysia dan Indonesia, selain analisis dokumen kerajaan melibatkan risalah dan minit mesyuarat GBC Malindo. Data sekunder pula diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan melibatkan tesis, jurnal dan artikel atas talian. Analisis juga menggunakan Model CBSC yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik berdasarkan penulisan empat orang sarjana mengenai Teori Pembentukan Sempadan, bagi menilai keberkesanan GBC Malindo berdasarkan perspektif enam komponen dalam model tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa daripada enam komponen, hanya empat komponen yang berjaya dipenuhi oleh GBC Malindo iaitu pewujudan kerangka perundangan, penubuhan institusi sempadan dan komitmen berterusan kerajaan dalam memakmurkan sempadan. Manakala dua komponen lagi tidak berjaya dipenuhi iaitu kelemahan tadbir urus keselamatan melibatkan struktur dan gerak kerja GBC Malindo, jurang kemampuan dan keupayaan negara serta kekurangan program dan aktiviti yang melibatkan komuniti sempadan. Kesimpulannya, GBC Malindo perlu menilai semula SA1972/84 dengan menambahbaik struktur dan gerak kerja jawatankuasa di bawah GBC Malindo, memperkasa fungsi dan peranan sekretariat, meningkatkan aspek penyelarasan antara agensi serta menambah program dan aktiviti melibatkan komuniti sempadan melalui SOSEK Malindo. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | en_US |
| dc.subject | Border security -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Security, International -- Southeast Asia -- International cooperation | en_US |
| dc.subject | Malaysia -- Foreign relations -- Indonesia | en_US |
| dc.subject | National security -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Security, International -- Southeast Asia | en_US |
| dc.subject | Malaysia -- Foreign relations -- Indonesia | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Analisis kerjasama keselamatan sempadan darat Malaysia-Indonesia dari perspektif Comprehensive Border Security Cooperation (CBSC) model | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | en_US |
| dc.format.pages | 364 | en_US |
| dc.identifier.callno | JZ6009.S644S5348 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007916 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Analisis kerjasama keselamatan sempadan darat Malaysia Indonesia dari perspektif Comprehensive Border Security Cooperation CBSC model.pdf Restricted Access | Partial | 650.75 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.